seismik

Bagaimana Nak Pastikan Makanan Kita Selamat Untuk Dimakan? Ini 5 Tips Yang Anda Boleh Ikut

Semua orang perlu ambil tahu.

Cover image via South Garden Restaurant & Deenamik

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Menjaga kebersihan makanan adalah sangat penting untuk kesihatan tubuh badan kita

Kadangkala, ramai yang mengambil remeh tentang hal ini dan tidak betul-betul memastikan sama ada makanan itu selamat untuk dimakan atau tidak.

Untuk mengelakkan keracunan makanan atau terjadinya beberapa penyakit lain, anda boleh mengamalkan beberapa tips untuk menjamin makanan yang selamat.

Berikut di bawah adalah antara 5 tips yang anda perlu ambil tahu:

1. Jaga kebersihan

Image via Berita Harian

Pertama sekali, sudah tentu anda perlu memastikan tangan bersih. Secara logiknya, anda haruslah membasuh tangan sebelum dan selepas mengendalikan makanan.

Tambahan pula jika baru saja keluar dari tandas, lagilah kena extra careful! Selain itu, anda mesti mencuci dengan bersih peralatan yang digunakan untuk menyediakan makanan.

Dengan cara ini, ia dapat melindungi kawasan dapur dan makanan dari dicemari oleh makhluk perosak seperti tikus, lipas, semut dan makhluk perosak lain.

2. Asingkan makanan mentah dan makanan yang telah dimasak

Image via Deenamik

Kedua, anda perlu mengasingkan makanan mentah seperti ayam, daging dan makanan laut daripada makanan yang telah dimasak. Simpan makanan dalam bekas untuk mengelakkan makanan mentah bersentuhan dengan makanan yang telah dimasak.

Hal ini kerana makanan mentah mengandungi bakteria merbahaya yang boleh mencemarkan makanan lain semasa penyediaan dan penyimpanan makanan. Oleh itu, anda perlu mengambil langkah-langkah pencegahan untuk mengelakkan keracunan makanan.

3. Masak dengan sempurna

Image via Pa&Ma

Seterusnya, anda wajib pastikan makanan dimasak dengan sempurna sepenuhnya, terutama daging, ayam, telur dan makanan laut. Panaskan semula makanan yang telah masak sepenuhnya sebelum menikmatinya semula.

Suhu didih bagi masakan bersup dan rebus hendaklah mencapai 70 darjah Celcius. Bagi daging dan ayam, pastikan air rebusnya kelihatan jernih dan bukan berwarna merah jambu. Anda boleh menggunakan jangkasuhu untuk menyukat suhu.

4. Simpan makanan pada suhu yang selamat

Selain itu, anda tidak digalakkan untuk meletakkan makanan yang telah dimasak melebihi dua jam pada suhu bilik. Simpan makanan yang telah dimasak dan cepat rosak di dalam peti sejuk pada suhu bawah 5 darjah celcius.

Pastikan makanan yang telah dimasak sentiasa panas, iaitu lebih dari 60 darjah celcius sebelum dihidangkan. Jangan simpan makanan yang telah dimasak atau lebihan makanan terlalu lama dalam peti sejuk melebihi lima hari.

5. Gunakan air dan bahan mentah yang bersih

Image via Ceria Sihat

Bahan mentah termasuk air dan ais boleh tercemar oleh bakteria dan bahan-bahan kimia berbahaya. Gunakan air yang bersih atau yang telah dirawat agar ia selamat untuk digunakan.

Untuk keselamatan, pilih makanan yang telah diproses, contohnya susu pasteur. Jangan lupa untuk basuh buah-buahan dan sayur-sayuran terlebih dahulu, terutamanya jika dimakan secara mentah.

Semoga lima tips ini dapat membantu anda sebelum menikmati apa-apa jenis makanan supaya ia kekal selamat :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: