seismik

5 Online Store Barang Keperluan Bayi Yang Berbaloi Untuk Anda Beli. Murah, Cantik & Jimat!

Siap sedia untuk rambang mata pilih barang baby!

Cover image via Kidswear Malaysia & Momo House

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Tidak dinafikan, jika anda bakal melahirkan bayi sulung, pastinya mommies akan teruja untuk membeli pelbagai barang keperluan si kecil bukan?

Ada yang siap buat checklist sendiri untuk memastikan tidak ada satu pun barang baby yang terlepas pandang. Tidak kiralah bayi lelaki atau perempuan, mommies mesti excited nak beli macam-macam aksesori dan pakaian mereka kerana comel-comel belaka. Betul tak?

Selain kedai-kedai menjual barang kelengkapan bayi yang terdapat di sekitar rumah, sudah banyak pembekal yang menjual secara online di Shopee, Lazada dan pelbagai platform lain.

Percayalah, sebenarnya lagi berbaloi membeli-belah secara dalam talian berbanding pergi sendiri ke kedai kerana mereka menjual pilihan yang lebih banyak, murah dan cantik. Memang mommies akan rambang mata!

Jadi, kami akan kongsikan antara 5 pilihan online store yang menyediakan pelbagai barang keperluan buat bayi anda. Jom check it out!

1. Momo House

Momo House menyediakan pelbagai jenis kelengkapan bayi dan juga ibu. Kedai ini menjadi pilihan nombor satu bagi mommies yang selalu membeli-belah di Shopee. Mereka juga mendapat banyak review yang bagus kerana kualiti barangannya yang tinggi.

2. Baby Mommy

Baby Mommy juga menyediakan macam-macam aksesori bayi seperti mitten and booties, tab mandi yang comel dan juga mainan. Selain itu, terdapat juga nursing cover khas bagi mommies yang ingin menyusukan bayi. 

3. Luvi Baby Official Store

Kedai ini pula istimewa kerana mereka ada menjual pakaian untuk bayi pra-matang. Malah, terdapat juga set hadiah bayi untuk anda memberikan kepada kawan-kawan atau ahli keluarga yang baru melahirkan anak. 

4. Kidswear Malaysia

Jika mommies sukakan pakaian yang minimalis dan berwarna pastel, Kidswear Malaysia adalah pilihan terbaik. Bukan saja cantik dan mempunyai harga berbaloi, malah material baju mereka juga sangat selesa dan setanding dengan jenama mahal.

5. NSC Babyshop

Akhir sekali, kedai ini boleh dijadikan pilihan mommies untuk mencari barangan keperluan harian bayi anda. Mereka juga ada menjual alat mainan berkonsepkan education. Bagus untuk tumbesaran bayi!

Mommies tak perlu risau, kesemua online store ini adalah trusted dan dijamin barang-barangnya juga mempunyai kualiti yang tinggi setanding dengan jenama seperti Anakku, Pureen, Fiffy, Baby Carrie dan lain-lain.

Tunggu apa lagi mommies? Cepat pergi cuci mata, mesti akan add to cart punyalah! :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: