[VIDEO] Dah Siap Beli 'Baju Pink' Ingat Dapat Baby Girl, Rupa-Rupanya Yang Keluar Lelaki
Comelnya baby!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Ibu mana yang tak teruja untuk mengetahui jantina dan melihat anak kandungannya lahir bukan?
Para ibu bapa khususnya mereka yang pertama kali menimang cahaya mata sudah pasti teruja tidak terhingga apabila mendapat tahu mereka akan memiliki zuriat sendiri.
Jantina bayi juga sering menjadi topik perbualan suami dan isteri, malah ada yang siap mengadakan baby shower party untuk memberitahu jantina anak mereka kepada ahli keluarga dan kawan-kawan.
Namun, berbeza pula dengan seorang wanita ini apabila dia sudah melakukan dua kali scan pregnancy check up dan ingat anak yang bakal dilahirkan adalah perempuan tetapi bayi lelaki pula yang keluar.
Lihat video penuh itu di bawah:
Dah siap beli baju semua warna pink sebab ingat mengandung anak perempuan, sekali dapat baby boy
Menerusi rakaman yang dimuat naik oleh Dania Hanani, dia sudah melakukan dua kali scan semasa mengandung untuk mengetahui jantina anaknya.
Menurutnya, kedua-dua keputusan check up itu menunjukkan anak yang bakal dilahirkan adalah bayi perempuan.
Malah, wanita itu sudah membeli banyak pakaian bayi berwarna pink kerana doktor memang mengesahkan dia mengandungkan anak perempuan. Namun, siapa sangka bayi yang dikandungkan wanita itu rupa-rupanya adalah seorang 'putera'.
"Samalah kita, scan 2 3 kali doctor dan nurse kata girl, sekali keluar boy. Barang-barang baby banyak pink, nak tak nak pakailah jugak" - Netizen
Dalam pada itu, rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman mereka yang pernah tersalah jantina anak juga dan membeli barangan bayi berwarna pink sama seperti wanita itu.
Namun apakan daya, yang penting bayi lahir dengan sihat. Warna baju tidak menjadi masalah besar kerana mereka pakai pun sekejap saja.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Kalau sekali pandang memang nampak macam baby girl, comel sangat! Semoga anak sis membesar dengan sihat ya :)