seismik

Ramai Tak Tahu, Ini Sebenarnya Antara 7 Kebaikan Air Kelapa Untuk Badan Kita

Banyak betul manfaat air kelapa ni.

Cover image via Berita Harian & Maskulin

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kita sedia tahu, pokok kelapa merupakan tanaman yang banyak dijumpai di kawasan pantai

Gambar sekadar hiasan.

Image via Maskulin

Air kelapa muda menjadi kegemaran ramai orang, terutamanya pada musim panas. Kalau dapat minum terus daripada buahnya lagilah terasa segar satu badan betul tak?

Walau bagaimanapun, ramai yang masih belum tahu tentang manfaat minum air kelapa ini. Pernahkah anda mendengar air kelapa ibarat 100plus semula jadi? 

Oleh itu, kali ini kami akan kongsikan antara tujuh manfaat air kelapa serta kelebihannya berbanding air penghidrat tenaga di luar sana.

1. Meningkatkan hidrasi badan

Gambar sekadar hiasan.

Image via mStar

Air kelapa dikenali sebagai air isotonik semula jadi. Kandungan mineralnya lebih banyak daripada air tenaga lain. Terdapat banyak elemen seperti kalsium, potassium, magnesium, fosforus dan sodium yang sangat diperlukan oleh tubuh badan kita semasa bersukan. Oleh itu, air kelapa dapat mengelakkan dehidrasi badan kita.

2. Membantu menguruskan badan

Gambar sekadar hiasan.

Image via Sirap Limau

Siapa je yang tak suka memiliki badan yang kurus dan sihat bukan? Inilah masanya untuk anda membiasakan diri untuk minum air kelapa! Selain daripada kandungan lemak yang rendah, air kelapa juga boleh mengawal nafsu makan anda tau. Dengan air kelapa pun anda boleh mengamalkan diet.

3. Boleh mendapatkan kulit yang licin dan halus

Gambar sekadar hiasan.

Image via Harian Metro

Anda mempunyai masalah kulit berjerawat atau tidak sekata? Apa kata anda cuba minum air kelapa. Ia mampu melembabkan kulit muka anda sama seperti fungsi pelembab yang dijual di luar sana. Selain itu, ia juga dapat membuang minyak di dalam muka. Jadi, tidak hairanlah banyak krim pelembab yang dijual di pasaran sekarang mengandungi ekstrak kelapa yang banyak.

4. Mempercepatkan pencernaan

Gambar sekadar hiasan.

Image via Lemonilo

Jika anda menghadapi masalah sembelit anda digalakkan untuk minum air kelapa yang boleh membantu mempercepatkan proses pencernaan. Hal ini kerana air kelapa mempunyai kadar fiber yang tinggi dan boleh mengelakkan daripada berlaku masalah penghadaman dalam perut. 

5. Kaya dengan nutrien

Gambar sekadar hiasan.

Image via mStar

Seeloknya, lebih baik jika anda membeli air kelapa yang tidak dicampur dengan gula atau air yang dijual di pasar raya. Hal ini kerana air kelapa sendiri sudah mempunyai gula, vitamin, mineral, enzim dan macam-macam lagi yang bersifat semula jadi.

6. Mengurangkan tekanan darah

Gambar sekadar hiasan.

Image via Columbia Asia

Terdapat banyak kajian mengatakan bahawa air kelapa boleh meningkatkan peredaran darah, menurunkan tekanan darah serta mengurangkan risiko serangan jantung dan strok. Jadi, bagi anda yang merupakan penghidap darah tinggi amat disyorkan minum air kelapa setiap hari untuk mengawal tekanan darah anda.

7. Mengurangkan rasa mual bagi wanita hamil

Gambar sekadar hiasan.

Image via Prenagen

Wanita yang hamil seringkali menghadapi masalah morning sickness pada peringkat awal kehamilan mereka. Jika sudah cuba pelbagai cara tetapi masih tidak berjaya, anda disarankan untuk minum air kelapa bagi mengurangkan rasa mual. Malah, ia dapat meningkatkan metabolisme anda.

Ternyata, air kelapa mempunyai seribu satu khasiat untuk tubuh badan kita. Jom biasakan minum air kelapa selepas ni :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

More stories to read: