5 Cara Paling Cepat & Mudah Untuk Lebatkan Rambut Bayi Selepas Cukur Jambul
Cara ini juga boleh mengelakkan daripada 'cukur bantal'.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Sudah menjadi adat dalam agama Islam, setiap bayi haruslah dicukur rambutnya selepas tujuh hari mereka dilahirkan
Kebiasaannya, majlis cukur jambul akan diadakan sekali dengan majlis aqiqah. Hukum mencukur rambut bayi sehingga botak adalah sunat dalam Islam.
Antara kebaikan utama mencukur rambut bayi adalah membersihkan kulit kepala. Hal ini kerana rambut asal mereka itu datangnya dari rahim si ibu yang membawa kotoran serta lemak dalam perut.
Namun, ibu bapa pasti akan merasa runsing jika rambut anak yang sebelum ini lebat akan lambat tumbuh selepas dibotakkan betul tak?
Jangan risau, di sini kami akan kongsikan lima tips untuk melebatkan kembali rambut anak anda dengan mudah dan cepat.
1. Syampu rambut
Anda digalakkan untuk syampu kepala bayi sekurang-kurangnya dua kali sehari dalam kuantiti kecil untuk mempercepatkan pertumbuhan rambut mereka. Jangan lupa juga untuk mengurut kulit kepala mereka untuk merangsang folikel.
2. Minyak rambut
Selain dari syampu, minyak rambut yang sesuai juga dapat melebatkan lagi rambut bayi anda. Minyak rambut juga berfungsi untuk menghilangkan kelemumur dan kulit kering pada kepala bayi. Namun, pastikan anda tidak menggunakan minyak rambut yang mengandungi bahan kimia. Hal ini boleh menyebabkan kulit kepala bayi gatal.
3. Menyapu aloe vera
Ekstrak aloe vera juga merupakan bahan organik untuk membantu pertumbuhan rambut bayi. Bukan itu saja, ia bersifat antioksidan yang mampu melembapkan serta menguatkan rambut mereka.
4. Menggunakan homemade conditioner
Jika anda ingin mencuba cara tradisional, anda boleh cuba membuat conditioner sendiri di rumah dengan menggunakan bahan-bahan organik yang selamat. Antara bahan yang boleh dijadikan sebagai conditioner adalah madu asli, minyak zaitun, isi avokado dan minyak kelapa dara.
5. Menggalakkan bayi meniarap untuk elak 'cukur bantal'
Cukur bantal membawa maksud di mana apabila bayi kerap dibaringkan secara terlentang lebih cenderung untuk mempunyai rambut yang tidak sekata. Hal ini kerana apabila kulit kepalanya berlaga dengan permukaan bantal, ia akan menghalang rambut mereka di bahagian belakang lambat tumbuh berbanding di atas dan tepi kepala. Oleh itu, anda boleh cuba meniarapkan mereka seawal dua minggu. Ia juga mampu menguatkan otot tangan bayi.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!