seismik

"Port Makan & Lepak" - Ini 5 Food Truck Menarik Untuk Anda Ajak Kawan Dan Keluarga Pergi

Macam-macam makanan ada!

Cover image via Cina Islam & Katering Foodtruck

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Bagi kaki food hunting, sudah pasti anda suka jika dapat pergi ke tempat yang banyak pilihan makanannya bukan?

Asyik lepak dekat kafe hipster dan viral je, bosan juga kadang-kadang. Malah, harga makanan mereka juga boleh tahan mahal.

Apa kata kali ini anda ubah angin sikit, ajak kawan-kawan atau keluarga cari makan di food truck? Haa, mesti dah terbayang macam-macam makanan dan minuman kan? Iya, harga pun murah!

Di sini, kami akan kongsikan lima food truck area yang menjadi tumpuan para pengunjung setiap hari dan mempunyai pelbagai pilihan makanan menarik.

1. La Park Food Truck

Terletak di tengah-tengah bandar iaitu berhadapan dengan Hotel Pullman Kuala Lumpur, La Park Food Truck menghimpunkan pelbagai jenis juadah makanan dan minuman yang pastinya membuatkan anda ingin mencuba kesemuanya! Thailand street food pun ada tau.

Waktu operasi: 5pm hingga 12am
Hari: Isnin hingga Ahad

2. TAPAK Urban Street Dining

Image via Trip Advisor
Image via Today Online

TAPAK Urban Street Dining ini terletak di Jalan Ampang Kuala Lumpur. Mereka juga mempunyai beberapa cawangan lain di sekitar Lembah Klang dan Cyberjaya. Jika anda berada berdekatan KLCC, anda boleh cuba lepak dan makan di sana sambil menikmati view Kuala Lumpur yang indah pada waktu malam.

Waktu operasi: 5pm hingga 12am
Hari: Isnin hingga Ahad

3. Putrajaya Food Truck

Kalau anda bercuti atau berada di sekitar Putrajaya, jangan lupa singgah ke food truck di Hotspot@Precint 2. Food truck ini penuh dengan para pengunjung terutamanya pada hujung minggu. Kadang-kadang, ada busker yang membuat persembahan nyanyian juga. Jadi, seronoklah boleh makan sambil dengar lagu.

Waktu operasi: 5pm hingga 12am
Hari: Isnin hingga Ahad

4. PD Waterfront Food Truck Park

Ini salah satu port wajib kalau anda bercuti di Port Dickson. Bukan saja boleh lepak di food truck sambil dengan busking, malah terdapat beberapa aktiviti lain yang menarik juga di sekitar PD Waterfront. Contohnya menaiki basikal warna-warni bersama keluarga pusing-pusing di sana.

Waktu operasi: 5pm hingga 12am
Hari: Rabu hingga Ahad

5. Foodtruck Drawbridge Terengganu

Mesti anda tahu Drawbridge Terengganu yang ala-ala London Bridge tu kan? Haa, untuk pengetahuan anda, terdapat pelbagai jenis food truck juga di sana untuk anda dan keluarga lepak tau. Bolehlah feeling-feeling makan sambil tengok pemandangan London Bridge Malaysia pada waktu malam. Cantik!

Syok ke tak bila dah tengok list tempat food truck ni guys? Sekali pergi, mesti nak repeat lagi sebab nak cuba makanan lain pula :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: