Hanya Guna Dua Bahan Je, Ini Tips Untuk Bagi 'Bilik Air' Anda Sentiasa Wangi!
Ramai kata menjadi dan memang wangi.
Masalah bilik air berbau sudah tentu boleh merosakkan mood seharian kita bukan?
Apatah lagi duduk menyewa dan bilik air di rumah kita sendiri tidak dijaga dengan betul. Bukan saja boleh menimbulkan rasa tidak selesa, malah kita sendiri yang akan malu jika tetamu datang untuk menumpang bilik air.
Walaupun terdapat banyak pewangi bilik air dijual di pasar raya, kita juga boleh menggunakan cara mudah atau Do It Yourself (DIY) di rumah. Ia juga dapat menjimatkan duit kita.
Nak tahu bagaimana cara untuk wangikan bilik air dengan mudah? Hanya guna dua bahan saja. Ikuti perkongsian daripada seorang pengguna di TikTok di bawah:
2. Letak sebiji ubat gegat dalam bekas kaca
3. Tuangkan sedikit pewangi baju ke atas ubat gegat
Lepas dah buat empat step tadi, biarkan kedua-dua bahan itu dalam bilik air dan lihat sendiri kesannya. Memang wangi tau. Selamat mencuba! :)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!