Ini 5 Tips Mudah Untuk Ibu Bapa Kalau Bawa Bayi Naik Kapal Terbang
Semoga membantu!
Membawa anak pergi bercuti di luar negara sememangnya menyeronokkan
Namun, ibu bapa perlu bersiap sedia dengan situasi anak meragam dalam kapal terbang sekiranya itu merupakan kali pertama mereka menaiki kenderaan lain selain kereta.
Jadi, apa yang perlu dilakukan? Jom lihat lima tips di bawah sebagai panduan buat anda pada masa akan datang. Nak travel nanti boleh rujuk semula.
1. Bawa stroller atau baby carier
Jika anda mempunyai stroller yang boleh dijadikan sebagai car seat, anda disarankan membawanya supaya bayi dapat duduk dengan selesa di dalam pesawat. Kalau nak lagi senang, sekarang ramai parents yang hanya membawa baby carier saja. Bukan saja dapat menjimatkan ruang, bayi pun akan lebih seronok kerana berada dekat dengan kita. Ada juga penerbangan yang boleh booking untuk bassinet. Cuma perlu tambah duit saja.
2. Main dengan anak sampai penat
Bayi lebih mudah penat kerana tenaga mereka tidak sebanyak orang dewasa. Jadi, anda boleh beri mereka makan dan ajak anak bermain sehingga letih sebelum menaiki kapal terbang. Tips ini agak berguna dan ramai cadangkan. Anak akan tertidur di dalam kapal terbang kerana keletihan.
3. Bawa earmuff atau tutup telinga anak semasa berlepas
Semasa take-off atau landing, ibu ayah boleh tutup telinga bayi atau memakaikan mereka earmuff untuk mengelakkan mereka menangis kerana perubahan tekanan udara menyebabkan telinga mereka berdengung. Sedikit sebanyak, ia dapat mengurangkan ketidakselesaan dalam telinga mereka.
4. Tukar lampin dan bawa selimut bayi
Seeloknya, anda boleh menukar lampin bayi jika mereka sudah membuang air sebelum menaiki kapal terbang. Ia untuk memastikan bayi selesa. Jangan lupa juga bawa selimut atau baju sejuk bayi untuk memastikan mereka sentiasa rasa warm.
5. Bawa beg handcarry untuk letak semua keperluan bayi
Pastikan semua barang bayi lengkap seperti susu, tisu basah, biskut bayi, pampers, baju ekstra dan minyak angin saiz kecil. Jangan lupa juga bawa mainan atau buku untuk anda meluangkan masa bermain dengan bayi semasa di dalam kapal terbang. Anda boleh letakkan barang di bawah kerusi supaya senang untuk dicapai.
Okay, sekarang dah boleh plan apa yang patut sebelum naik flight nanti. Selamat bercuti bersama si kecil! :D
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!