Elak Anak Meragam, Ini 5 Tips Mudah Bawa Stok Makanan Untuk Bayi Semasa Bercuti
Prepare awal-awal supaya tak kalut.
Bercuti bersama keluarga sememangnya sangat menyeronokkan lebih-lebih lagi jika ke luar negara
Namun, bagi mereka yang mempunyai anak kecil terutamanya bayi berumur dua tahun ke bawah, sudah tentu akan pening kepala memikirkan bagaimana nak beri mereka makan nanti betul tak?
Jangan risau, kali ini kami akan kongsikan 5 tips bawa bekalan makanan untuk bayi jika anda merancang untuk bercuti di luar negara dalam masa yang terdekat.
1. Bawa stok makanan kering
Makanan kering dapat memudahkan jika anda pergi bercuti dalam jangka masa yang lama. Selain daripada tidak mudah rosak atau basi, ia juga dapat menjimatkan masa anda semasa dalam perjalanan. Sebagai contoh, anda boleh membawa biskut dan baby pasta.
2. Buat checklist peralatan
Peralatan seperti mini rice cooker, food processor, electric lunch box, pinggan, mangkuk, cawan dan sudu garfu anak juga perlu dibawa ya. Senang nak masak dekat hotel nanti. Kalau nak lagi senang, anda boleh terus masak ikut portion yang sesuai dan simpan di dalam food container untuk hari-hari seterusnya.
3. Sediakan senarai menu
Kalau anda rajin, buatlah senarai menu breakfast, lunch dan dinner dari hari pertama hingga hari terakhir sepanjang percutian nanti supaya tak kelam kabut. Masa anda pun jimat, tak payah serabut nak fikir anak kena makan apa sebab semuanya dah letak dalam list siap-siap.
4. Bawa finger food
Selain membawa makanan yang dimasak dalam food processor atau mini rice cooker, anda juga boleh membawa finger food seperti crispy toast, biskut atau buah potong buat si kecil.
5. Bawa coleman box pengganti peti ais
Jika anda travel menggunakan kereta misalnya untuk ke Thailand atau Singapore, anda boleh membawa coleman box ini untuk menyimpan sayur dan puri buah-buahan. Kalau ada silicone cube, lagi senang. Blend je bahan-bahan yang nak dibawa dan letak dalam bekas tersebut. Nanti tinggal keluarkan dan masak terus.
Semoga perkongsian ini boleh membantu anda untuk buat checklist sebelum travel nanti. Selamat bercuti bersama si kecil! :)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!