seismik

Nak Anak Makan Sampai Licin? Ini 5 Menu Mudah Yang Sesuai Diberi Untuk Bayi 6 Bulan

Mesti anak selera je makan nanti.

Cover image via Sis Hawa (Blog) & theAsianparent Malaysia

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Semua ibu bapa pasti teruja apabila bayi anda sudah masuk 6 bulan bukan?

Image via Pa&Ma

Selain daripada seronok bermain dengan si manja, mereka juga sudah boleh makan. Ia pasti menyeronokkan kerana dapat lihat reaksi mereka buat pertama kali mencuba menu baru.

Pada usia 6 bulan juga, kebanyakan bayi sudah mampu duduk tanpa sokongan dan menunjukkan bahawa otot dan organ mereka sudah cukup kuat. Jadi, mudah untuk ibu bapa meletakkan mereka di baby chair sambil menyuap makanan ke mulut mereka.

Bagi anda yang pertama kali bergelar ibu bapa, mesti anda teragak-agak untuk memberikan menu apa buat bayi betul tak?

Oleh itu, kami akan kongsikan cara penyediaan 5 menu mudah sebagai permulaan bayi anda makan sebaik saja mereka berusia 6 bulan.

1. Puri pisang

Bahan-bahan:

  • 1 ulas pisang yang telah dipotong atau dihiris kecil.
  • Air masak, susu ibu atau susu formula.

Cara penyediaan:

  • Lenyekkan pisang dengan halus.
  • Panaskan pisang yang telah dilenyekkan selama 25 saat atau lebih untuk melembutkannya.
  • Campurkan dengan air atau susu untuk cairkan puri tersebut.
  • Siap untuk dihidangkan.

2. Puri lobak merah

Image via Sis Hawa (Blog)

Bahan-bahan:

  • 1 batang lobak merah yang telah dibuang kulit dan dipotong kecil.
  • Air masak, susu ibu atau susu formula.

Cara penyediaan:

  • Cuci lobak merah sehingga bersih.
  • Kukus lobak merah.
  • Masukkan ke dalam blender dan kisar sehingga hancur.
  • Cairkan dengan air atau susu.
  • Siap untuk dihidang.

3. Puri keledek

Image via Pa&Ma

Bahan-bahan:

  • 1 biji keledek kecil.
  • Air masak, susu ibu atau susu formula.

Cara penyediaan:

  • Bersihkan dan kupas kulit ubi keledek.
  • Potong kepada beberapa bahagian kecil.
  • Kukus keledek selama 10 minit sehingga lembut.
  • Kisarkan sehingga sebati.
  • Masukkan sedikit air atau susu untuk cairkan sedikit.
  • Siap untuk dihidang.

4. Puri lobak merah dan labu

Image via Pa&Ma

Bahan-bahan:

  • 50 gram labu.
  • Setengah batang lobak merah bersaiz sederhana.

Cara penyediaan:

  • Potong labu dan lobak dengan saiz kiub.
  • Masukkan lobak ke dalam periuk dan renehkan selama 10 minit sehingga lembut.
  • Kemudian, masukkan labu dan renehkan selama 2 hingga 3 minit sehingga lembut.
  • Selepas itu, kisarkan labu dan lobak sehingga sebati.
  • Masukkan sedikit air atau susu supaya ia lebih cair sedikit.
  • Siap untuk dihidang.

5. Bubur nasi

Image via Tasneem Naturel

Bahan-bahan:

  • 2 scoop kecil beras.
  • 1 suku cawan air.
  • Sedikit minyak Extra Virgin Oil (EVO)

Cara penyediaan:

  • Cuci beras sehingga bersih.
  • Didihkan air.
  • Masukkan beras dan kacau sebati.
  • Biarkan ia mereneh dan teruskan mengacau sekurang-kurangnya 10 minit.
  • Masukkan ke dalam blender atau food processor dan kisar sehingga hancur.
  • Titiskan sedikit minyak EVO.
  • Siap untuk dihidang.

Semoga perkongsian ini dapat membuka selera si manja anda dan membesar dengan sihat :)

Image via GIPHY

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: