Rapid KL Sedia Bas Perantara Percuma Ke Litar Sepang Sempena Perlumbaan F1
Siapa yang dah beli tiket tu take note!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Dengan kerjasama Litar Antarabangsa Sepang, Rapid KL menyediakan perkhidmatan bas perantara percuma sempena perlumbaan F1 Gulf Air Bahrain Grand Prix
Menrusi hantaran di laman sosial Rapid KL, bas-bas tersebut akan beroperasi dari jam 7 pagi hingga tengah malam bermula Jumaat hingga Ahad, 2 hingga 4 Oktober, dengan kekerapan setiap 10 hingga 15 minit.
Perkhidmatan bas perantara khas ke Litar Antarabangsa Sepang ini akan beroperasi dari tiga lokasi berikut:
– KLIA 2 — Hab Bas Aras 1, Ruang B1, B2 dan B3
– Bandar Baru Enstek — De-Village, Persiaran Milenia 2
– Mitsui Outlet Park — Hab Bas

Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus, Syahrul Azmir Ahmad Zaki berkata sebanyak 95 buah bas akan disediakan untuk perkhidmatan tersebut
Beliau berkata langkah ini akan memastikan pengangkutan yang mudah dan selesa bagi pengunjung yang bergerak dari lokasi-lokasi utama ke lokasi acara.
"Bagi melengkapkan perkhidmatan ini, Rapid KL juga akan menyediakan bas ulang-alik di dalam kawasan litar bagi memudahkan pergerakan pengunjung ke lokasi-lokasi utama.
"Penyediaan perkhidmatan ini mencerminkan komitmen Rapid KL dalam menyokong penganjuran acara bertaraf antarabangsa serta menggalakkan penggunaan pengangkutan awam," katanya dalam satu kenyataan pada 24 September, menerusi Bernama.

Dalam panduan perjalanannya, Rapid KL turut mencadangkan sambungan rel bagi pengunjung yang ingin ke Litar Antarabangsa Sepang
Pengunjung boleh mempertimbangkan untuk menaiki:
– LRT Kelana Jaya ke KL Sentral
– Monorel KL ke KL Sentral
– MRT Kajang ke KL Sentral
– LRT Ampang/Sri Petaling ke KL Sentral
– MRT Putrajaya ke Putrajaya Sentral
Dari KL Sentral atau Putrajaya Sentral, pengunjung kemudian boleh menaiki KLIA Ekspres atau KLIA Transit ke KLIA 2, dan seterusnya menaiki bas perantara percuma ke Litar Antarabangsa Sepang.
Jika anda ingin ke litar tersebut, rancanglah perjalanan anda lebih awal dan bertolaklah lebih awal bagi mengambil kira kemungkinan masa perjalanan tambahan akibat kesesakan lalu lintas.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via