Guru Bukan ‘Babu’, Ibu Bapa Diminta Hormati Waktu Rehat & Tugas Pendidik

Cikgu pun ada life juga, ibu bapa kena faham tu.

Enlarge text
Cover ImageCover image via ChatGPT

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Ramai guru meluahkan rasa terkilan apabila dimarahi atau diperli secara terbuka hanya kerana tidak dapat menjawab pertanyaan ibu bapa dan penjaga dengan segera, terutama di luar waktu bertugas

Menurut laporan Kosmo!, apa yang lebih membimbangkan, ada guru yang turut dimaki apabila jawapan diberikan tidak menepati 'spesifikasi' seperti yang diharapkan sesetengah ibu bapa.

Antara medium yang sering digunakan untuk memudahkan komunikasi ialah kumpulan WhatsApp yang menghimpunkan guru dan ibu bapa murid.

Walau bagaimanapun, kemudahan itu didakwa disalahgunakan oleh segelintir ibu bapa sehingga menganggap guru perlu sentiasa bersedia menjawab setiap persoalan, 24 jam sehari dan tujuh hari seminggu.

Antara pertanyaan yang sering dikemukakan termasuklah:

"Esok pakai baju apa, cikgu?"

"Cikgu, kerja sekolah muka surat berapa?"

"Cikgu ada nampak botol air anak saya?"

"Cikgu, pesan dekat anak saya ambil barang di pagar sekolah"

Situasi berkenaan mencetuskan persoalan mengenai batas komunikasi antara ibu bapa dan guru, khususnya selepas waktu bertugas.

Guru juga mempunyai kehidupan peribadi yang memerlukan masa bersama keluarga, selain waktu untuk berehat dan tidur selepas seharian mendidik anak-anak.

SAYS.com

Gambar janaan AI.

Image via Kosmo!

Dalam masa sama, ibu bapa disaran mendidik anak-anak supaya lebih bertanggungjawab terhadap urusan sendiri, bukannya mengambil alih setiap perkara yang sepatutnya mereka lakukan

Bimbingan dan panduan boleh diberikan apabila diperlukan bagi membentuk jati diri, selain membantu anak-anak belajar daripada kesilapan serta berkembang menjadi individu yang lebih matang dan bertanggungjawab.

Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional, Prof Madya Datuk Dr. Mohamad Ali Hasan berkata, ibu bapa dan penjaga perlu berhemah ketika berkomunikasi dengan guru serta menjaga adab.

Kata beliau, ibu bapa dan penjaga juga perlu memahami bahawa tugas serta beban guru atau pendidik tidak semudah yang dijangkakan.

"Semua pihak perlu berlaku adil dan menghormati tugas dan beban mendidik dalam membina warga berilmu. Jaga adab ketika berkomunikasi dengan guru, ia cerminan kepada anak masing-masing.

"Hentikan amalan menghina, memaki hamun, bersikap kasar, saman-menyaman dan sebagainya sehingga menjejaskan pembangunan anak-anak,"
katanya.

Menurut beliau, tanggungjawab memastikan kesempurnaan pendidikan anak-anak atau murid bukan hanya terletak pada guru dan pihak sekolah semata-mata

SAYS.com

Gambar janaan AI

Image via ChatGPT

"Ibu bapa atau penjaga perlu bertanggungjawab bersama dalam menyedia, membimbing dan melengkapkan keperluan murid kerana warga pendidik juga mempunyai tuntutan kehidupan di luar waktu bertugas.

"Persefahaman mengenai tugas dan tanggungjawab guru di dalam dan luar sekolah memerlukan kerjasama serta sikap saling membantu daripada semua pihak berkaitan,"
ujarnya.

Tambahnya, semua pihak perlu memahami dan menghayati tugas serta tanggungjawab masing-masing melalui saluran dan batas komunikasi yang mewujudkan keadaan 'menang-menang'.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: