Proton Iswara Muncul Dalam Iklan Terbaharu Apple, Dirakam Guna iPhone 18 Pro

Legend Proton Iswara ni!

Enlarge text
Cover ImageCover image via @apple (Instagram)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sebuah Proton Iswara telah muncul dalam salah sebuah video keluaran Apple yang dirakam menggunakan model iPhone terbaharunya, iPhone 18 Pro

Video berdurasi 58 saat itu dimuat pada 23 September, sebagai sebahagian daripada siri video #ShotoniPhone18Pro oleh Apple, yang turut menampilkan video muzik daripada Rosé (anggota kumpulan BLACKPINK) dan penyanyi rap serta penyanyi dari Hong Kong, Jackson Wang.

Dalam video tersebut, model kenderaan dari jenama Proton itu digunakan sebagai kenderaan untuk melarikan diri dalam babak kejar-mengejar yang dirakam secara berterusan tanpa potongan (one-continuous-take), melibatkan sekumpulan anak muda yang cuba melarikan diri daripada seorang lelaki misteri.

Video itu diarahkan oleh Matt Lewis, sinematografer bagi siri Adolescence. Siri drama jenayah terhad empat bahagian itu terkenal dengan babak-babak yang dirakam dalam satu syot berterusan, di samping Lewis pernah memenangi Anugerah Emmy bagi kategori Outstanding Cinematography untuk Limited atau Anthology Series hasil kerjanya dalam rancangan Netflix.

SAYS.com
Image via @apple (Instagram)

Lewis membawa kepakarannya dalam teknik penggambaran satu rakaman berterusan (one-take) ke dalam video #ShotoniPhone18Pro

Dalam video tersebut, Lewis menampilkan babak kejar-mengejar yang dirakam dalam satu rakaman berterusan, dengan kenderaan berkenaan itu memainkan peranan penting sebagai kenderaan untuk melepaskan diri bagi tiga individu.

"Saya mahu menghasilkan babak kejar-mengejar satu rakaman berterusan yang menampilkan kedalaman medan (depth of field) ala filem sebenar.

"Menerusi ciri apertur boleh ubah pada iPhone 18 Pro, kami dapat melakukan peralihan fokus secara praktikal di tengah-tengah pergerakan kamera yang sememangnya mencabar.

"Ia juga dapat menyesuaikan diri dengan perubahan pencahayaan, bermula daripada sesi latihan pada waktu siang sehinggalah kepada rakaman sebenar ketika matahari terbenam," kata Lewis.

SAYS.com
Image via @apple (Instagram)

Lihat video tersebut di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: