Pelancong AS Terharu Dapat Minum Root Beer A&W – “Teringat Zaman Childhood”
Root beer A&W memang sedap!
Cover image via Thomas Doherty (X)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, seorang pelancong dari Amerika Syarikat (AS) meluahkan rasa terharu selepas berpeluang menikmati minuman Root Beer di A&W ketika berada di Malaysia

Menerusi perkongsian di laman X, pelancong yang bernama Thomas Doherty mengakui sudah bertahun-tahun tidak dapat menikmati minuman berkenaan sebelum menemuinya kembali di Malaysia.
Root Beer sememangnya antara menu ikonik A&W yang menjadi kegemaran ramai sejak sekian lama.
Susulan tularnya perkongsian tersebut, ia turut menarik perhatian netizen dari luar negara yang mengimbau kembali zaman kanak-kanak mereka ketika menikmati makanan dan minuman di restoran berkenaan

Malah, ada warganet mendakwa mereka sukar mendapatkan Root Beer di negara masing-masing kerana sesetengah cawangan A&W di negara mereka tidak menawarkan minuman tersebut dalam menu.
Keadaan itu menyebabkan perkongsian Thomas turut mencetuskan rasa ingin tahu dalam kalangan pengguna media sosial dari luar negara.
Tidak kurang juga yang mula menyatakan hasrat untuk berkunjung ke Malaysia bagi menikmati sendiri minuman ikonik berkenaan.
Antara komen warganet di laman X:



Lihat perkongsian penuh di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


