"Malu Ke Blur?" - Pengantin Lelaki Nervous Nak Sarung Cincin Ini Buat Ramai Hilang Sabar
Sampai ke sudah tak sarung cincin tu.
Sudah menjadi adat orang Melayu, apabila upacara akad nikah selesai, pengantin lelaki akan menyarungkan cincin ke jari pengantin perempuan untuk membatalkan air sembahyang
Tetapi biasalah, momen itu akan menjadi sedikit kekok kerana pengantin berasa segan apabila diperhatikan oleh ahli keluarga yang lain. Ada juga yang diusik sehingga merah-merah muka menahan malu.
Namun, lain pula yang terjadi dalam sebuah video tular ini apabila pengantin lelaki terlampau malu untuk menyarungkan cincin ke jari isterinya telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Nervous nak sarung cincin, pengantin perempuan sampai dah buat muka
Menerusi perkongsian video daripada @mashitahmashitah1, kelihatan pasangan pengantin itu baru saja selesai upacara akad nikah di sebuah masjid.
Apa yang menjadi tumpuan adalah apabila sesi membatalkan air sembahyang berlangsung, pengantin lelaki itu dilihat terlalu nervous sehingga teragak-agak ingin menyarungkan cincin ke jari isterinya.
Disebabkan dia kelihatan seperti tidak yakin dan tersipu-sipu malu untuk sarungkan cincin ke jari si isteri, akhirnya seorang mak cik yang mungkin mak kepada pengantin perempuan itu memegang tangannya dan menyuakan ke arah pengantin lelaki supaya sesi itu berakhir dengan cepat.
"Aku yang stress tengok suami dia macam takut-takut nak sarungkan cincin tu. Nasib baik pengantin perempuan tak angkat tangan boh penampaq haha" - Warganet
Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih 768.9K views, 24.2K likes dan 3K shares di laman TikTok, rata-rata warganet turut terhibur melihat gelagat pengantin lelaki yang malu-malu kucing. Ada juga yang hilang sabar menunggu bila dia nak sarungkan cincin tersebut.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
Alahai, min pun stress juga ni tengok cincin tu tak sarung-sarung. Apa-apa pun, selamat pengantin baru! :D
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!