"Hati Kental Sangat Ni" - Budak Lelaki Selamba Terjun Kolam Orang Dewasa Ini Curi Tumpuan
Beraninya awak dik!
Ada sesetengah kanak-kanak sejak kecil lagi sudah berani dan tidak gentar melakukan aktiviti extreme
Kalau ibu bapanya sudah mengajar untuk explore macam-macam sejak kecil, ia memang tidak menjadi masalah bagi mereka dan ia sebenarnya bagus juga.
Tetapi, lain pula yang jadi dalam video tular ini apabila seorang budak lelaki terlalu berani gara-gara ingin terjun ke kolam orang dewasa telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Tak sabar nak terjun kolam, orang lain pula yang cuak tengok sebab berani sangat
Menerusi video yang dimuat naik oleh @noratikajamal, kelihatan budak lelaki itu sedang melihat keluarganya mandi di kolam orang dewasa.
Apa yang mencuri tumpuan adalah apabila dia dilihat seperti tidak sabar mahu terjun ke dalam kolam tersebut kerana seronok melihat orang lain mandi.
Namun, aksinya pula membuatkan ramai cuak kerana dikatakan terlalu berani. Walaupun ayahnya sudah menghalang beberapa kali, akhirnya dia tetap terjun ke dalam kolam tersebut sambil disambut ayahnya.
"Adoi berani sangat ni, acik yang menjerit dekat sini dik oii" - Netizen
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 822.6K tontonan, 24K tanda suka serta 381 perkongsian di laman TikTok.
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat spontan budak lelaki itu.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!