seismik

"Geram!" - Budak Ikut Ayah Memancing Tapi Bengang Tak Dapat Ikan Ini Bikin Dekah Ramai

Sabar dik, sabar! Haha.

Cover image via @cik.mat.poi (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Memancing ikan kebiasaannya merupakan hobi para lelaki, tidak kira yang bujang mahu pun yang sudah berkahwin

Tetapi, memancing bukanlah satu aktiviti yang mudah dan memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Iyalah, bukan senang ikan nak makan umpan.

Sebab itulah ramai yang berjam-jam menunggu, sampai ada yang balik rumah lewat malam. Ada juga para bapa yang membawa anak-anak mereka pergi memancing untuk mengisi masa lapang semasa cuti sekolah.

Baru-baru ini, sebuah video tular memaparkan telatah seorang budak lelaki yang 'mengamuk' kerana tidak dapat ikan telah mencuit hati ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@cik.mat.poi

Nak ikut mancing. Tapi bile kumpau, koyak plak. Habib2. Macam2 hal la. 2x letih woo mancing rini. #memancing #koyak @mama_rieza @Zulia Shahira

original sound - M.Saiful.Nizam - M.Saiful.Nizam

Bengang satu ikan pun tak dapat, ayah jenuh pujuk suruh sabar

Menerusi video yang dimuat naik oleh @cik.mat.poi, kelihatan budak lelaki itu sedang berteduh di bawah payung sambil menemani ayahnya memancing di sebuah tasik.

Apa yang menjadi perhatian adalah apabila dia mula naik angin gara-gara penat menunggu tiada satu pun ikan yang termakan umpannya.

"Habib dah tunggu lama, dari tadi sampai sini dah. Geram! Habib dah la geram ni, geram sangat! Dia tak makan-makan langsung," katanya.

Ayahnya sempat memujuk dan memintanya sabar. Tetapi, dia masih melepaskan geram hingga si ayah tergelak melihat telatahnya.

"Adat memancing dik, ada masa dapat ikan ada masa kumpau berdarah" - Warganet

Ikutan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih 556.3K views, 38.7K likes dan 3.3K shares di TikTok, rata-rata warganet turut terhibur melihat gelagat budak lelaki itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Tak apa dik, lain kali cuba lagi ya. Mungkin ikan tengah tidur tu :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: