seismik

Siapa Bangun Kena Bayar, Geng Lelaki Challenge Makan Dalam Hujan Ini Jadi Perhatian Ramai

Dah berkuah nasi goreng tu bang!

Cover image via @bdkhumblejer (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kedai mamak dan kedai tomyam sememangnya adalah port lepak paling seronok kalau nak berkumpul dengan kawan-kawan

Sebenarnya, kita bukan nak makan sangat pun. Kita lebih kepada nak borak dan bergosip je, tambahan lagi kalau dah lama tak jumpa kawan-kawan. Betul tak?

Lepak dekat luar kedai lagi best sebab lebih terbuka dan kita pun bebas sikit nak bergelak ketawa ramai-ramai.

Namun, kalau tengah makan tiba-tiba hujan lebat memang spoiled lah kan? Seperti sebuah video yang tular ini apabila sekumpulan lelaki makan masa tengah hujan telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Hujan turun masa tengah makan ramai-ramai, boleh pula buat chellenge siapa bangun dulu kena bayar

Menerusi video yang dimuat naik oleh @bdkhumblejer, kelihatan geng lelaki itu sedang makan di sebuah kedai tomyam di tepi jalan.

Apa yang membuatkan ramai terhibur adalah apabila hujan tiba-tiba turun ketika mereka sedang menikmati makanan beramai-ramai.

Lebih mencuri tumpuan, mereka semua dilihat tidak berganjak daripada meja makan tersebut kerana membuat challenge siapa yang bangun dulu, dia kena bayar untuk semua orang. Maka, masing-masing selamba menghabiskan makanan dalam keadaan basah lencun.

"Hahahaha ini lawak. Yang penting perut kenyang, hujan kan air" - Netizen

Susulan tularnya video tersebut yang kini telah meraih 758.1K tontonan, 67.9K tanda suka serta 1.6K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat mereka dan ingin tahu akhirnya siapa yang bayar kesemua makanan itu.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Apa rasa nasi goreng campur dengan air hujan ya? Adoi, perangai ya masing-masing :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: