seismik

Muka Ganas Tapi Kantoi Pakai Carrie Junior, Tak Pasal-Pasal Kena Bahan Dengan Member

Mesti kecik-kecik dulu tak merasa pakai kan bang?

Cover image via @ziyadfatehh7 (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tidak dinafikan, bukan orang perempuan saja yang menjaga penampilan diri dari segi skincare dan pemakaian

Ramai juga orang lelaki yang menjaga penampilan diri mereka dan sentiasa ingin kelihatan smart serta berbau wangi demi keselesaan diri.

Dari segi syampu dan sabun badan, sudah semestinya mereka memakai produk-produk khas keluaran maskulin.

Namun, lain pula yang terjadi dalam video ini apabila seorang lelaki kantoi memakai syampu dan sabun badan Carrie Junior telah mengundang tawa ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Tengah bersiap depan cermin tiba-tiba kawan bawa keluar sabun head to toe Carrie Junior

Menerusi perkongsian video daripada @ziyadfatehh7, kelihatan lelaki itu sedang bersiap di dalam bilik sebelum keluar bersama kawannya.

Apa yang mencuri tumpuan adalah apabila si perakam mendapati ada sabun Carrie Junior di dalam bilik air lelaki itu dan pantas membawa keluar untuk meneruskan sesi membahan.

Lebih menghiburkan, lelaki itu dilihat tergelak sambil menahan malu kerana kantoi dia memakai sabun kanak-kanak.

Kawannya sempat bertanya "ada gajah tak tadi mandi?" dan dia menjawab "ada".

"Dah habis nanti jangan lupa ambik mainan kat bawah sticker tu" - Warganet

Ketika artikel ini ditulis, video itu telah mendapat 492.8K views, 65.2K likes dan 1K shares di laman TikTok.

Rata-rata warganet turut terhibur melihat gelagat lelaki itu. Malah, bukan dia saja yang suka pakai Carrie Junior. Ramai yang memakai sabun sama sebab baunya sangat wangi.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Tak apa bang, esok lusa bila dah ada anak senang boleh share sama-sama. Kan jimat tu :P

Image via GIPHY

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: