[VIDEO] Gelagat Anak Merajuk Dengan Ayah Siap Pandang Tingkap Ini Buat Ramai Boleh Relate
Bagus dik, kekalkan tradisi turun-temurun. Haha.
Semua orang tahu, kaum wanita sudah sinonim dengan perangai kuat merajuk sejak dulu lagi
Itu sememangnya sifat semula jadi orang perempuan. Sebenarnya bukan nak merajuk sangat pun, ia lebih kepada nak perhatian daripada orang tersayang. Nak bermanja orang kata.
Seperti sebuah video yang tular ini memaparkan seorang budak perempuan merajuk dengan ayahnya sehingga pandang ke tingkap kereta telah mencuit hati ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Jenuh nak pujuk, rupa-rupanya sebab tak dapat pegang tangan ayah
Menerusi video yang dimuat naik oleh @haziqhashim_, kelihatan budak perempuan itu sedang duduk di dalam car seat kereta ayahnya.
Apa yang mencuri tumpuan adalah apabila dia dilihat memandang ke arah tingkap kereta tanpa menoleh ke arah si ayah yang sedang merakam gelagatnya itu.
Rupa-rupanya, dia merajuk gara-gara tak dapat pegang dan bermain tangan ayahnya. "Perempuan kalau merajuk memang suka pandang tingkap eh? Ni je punca dia, tak dapat tangan tadi," kata ayahnya.
"Kesian kan kami lelaki. Time bercinta lepas tu dah kahwin sampai dah ada anak tetap kena pujuk haha" - Netizen
Susulan tularnya video tersebut yang kini sudah meraih 835.3K views, 126.8K likes dan 6.4K shares di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat comel budak perempuan itu.
Malah, ramai pula boleh relate dengan situasi berkenaan dan back up tindakannya dari kecil dah tahu cara merajuk yang betul.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!