[VIDEO] Anak Pilih Ayah Untuk Basuh Berak, Ibu Seronok Siap Bersorak Buat Tanda 'Good'
Bab-bab membasuh ni memang bagi kat ayah la. Haha.
Kebiasaannya, anak lelaki memang lebih rapat dengan ayah berbanding ibu
Kalau kita lihat, cara ayah melayan anak lebih kepada banyak bermain dan mencuba pelbagai aktiviti berbanding ibu.
Bila bab mencuci pakaian dan najis anak pula, kebanyakan para isteri suka menyerahkan tugasan itu kepada suami. Bukan apa, kadangkala tujuannya hanya untuk gurauan saja.
Sama seperti sebuah video yang tular di TikTok ini apabila seorang wanita sengaja bertanya kepada anaknya mahu siapa cuci berak telah mengundang tawa ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Anak pilih ayah untuk cuci berak, ibu pula bukan main seronok
Menerusi video yang dimuat naik oleh @amyazni, kelihatan tiga beranak itu sedang berada di dalam kereta untuk menuju ke sebuah lokasi.
Apa yang melucukan adalah apabila si ibu bertanya kepada anaknya dia mahu siapa yang mencuci berak.
Lebih melucukan, si anak pula spontan menjawab dia mahukan ayah membasuh beraknya. Jawapan itu membuatkan si ibu seronok dan menunjukkan tanda good kepada suaminya konon mengejek kerana dia kalah.
"Sebijik muka ayah, of course la ayah kena basuh haha" - Warganet
Ikutan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih 983.1K tontonan, 77.9K tanda suka serta 1K perkongsian di laman TikTok, rata-rata warganet turut terhibur melihat gelagat mereka anak beranak.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!