seismik

Minta Ayah Belikan Span Basuh Pinggan, Sekali Gadis Ini Terbahak Tengok Apa Yang Sampai

Allahu bapanya pun, haha.

Cover image via @chime0w (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Ayah merupakan insan yang dianggap tegas dan jarang boleh dibawa bergurau dengan anak-anak

Namun, mereka juga sebenarnya mempunyai sisi kelakar yang kadang-kadang kita pun tidak pernah terfikir bagaimana mereka boleh bertindak sedemikian.

Sama seperti apa yang terjadi dalam sebuah video ini apabila seorang gadis berkongsi pengalaman meminta ayahnya untuk membeli span basuh pinggan telah mengundang tawa ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@chime0w

hurm bapak aku ni lah die punye nak jimat tu #fyp

Si Gendut - Agus Gobang

Minta ayah belikan span basuh pinggan, sekali bukan main besar saiznya

Menerusi perkongsian video daripada @chime0w, kelihatan gadis itu menceritakan pengalamannya meminta si ayah untuk membeli span basuh pinggan.

Apa yang mencuit hati adalah apabila dia mendapati saiz span basuh pinggan yang dibeli oleh ayahnya terlalu besar, bukan seperti span biasa.

Lebih melucukan, apabila dia menghubungi ayahnya dan bertanya kenapa beli span besar sangat, si ayah menyuruh dia mengerat supaya dapat berjimat.

"2 kali swipe, hilang sekali dengan corak bunga kat pinggan" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah mencecah 2M views, 197.8K likes dan 1.6K shares di TikTok.

Tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat saiz span basuh pinggan itu yang besar.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Lain kali kena cakap specific nak span jenama apa, saiz apa. Kalau tidak, macam inilah jadinya dik :D

Image via GIPHY

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: