seismik

[VIDEO] "Mimpi Ngeri" - Marketing Menjadi, Iklan Seram Lato-Lato Ini Bikin Ramai Terhibur

Terbaik idea seram tu.

Cover image via @gmklang_official (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sejak kebelakangan ini, lato-lato semakin popular di Malaysia dan ramai di media sosial membuat konten bermain permainan viral itu

Tidak kira yang muda atau pun tua, di mana-mana saja kita akan ternampak orang bermain lato-lato betul tak?

Walaupun ia menghiburkan bagi sesetengah orang, namun ada juga yang tidak gemarkan bunyi lato-lato yang bising itu.

Baru-baru ini, tular pula sebuah video di TikTok GM Klang memaparkan iklan seram pendek mengenai lato-lato telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Buat content seram, ramai puji pengarah video

Menerusi video yang dimuat naik oleh @gmklang_official, kelihatan seorang perempuan kononnya dihantui oleh lato-lato sebaik saja dia masuk ke dalam pusat beli-belah itu.

Lakonan beberapa orang pekerja di GM Klang sememangnya berkesan dan situasi itu menunjukkan betapa hebatnya penangan lato-lato kepada para ibu bapa. Iyalah, golongan yang paling ramai bermain lato-lato adalah kanak-kanak.

Sementara itu, ramai memuji idea kreatif GM Klang membuat konten di TikTok yang mengikuti trend zaman sekarang.

"Siapa mak-mak belum beli kat anak, kita geng. Rimas betul bunyi dia haha" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan yang kini sudah meraih 1.1M tontonan, 99.9K tanda suka serta 3.1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat lakonan pekerja GM Klang yang main peranan.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Seronok sangat ke main lato-lato ni korang? Nasib baik min belum terjebak :')

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: