seismik

"Macam Mana Nak Makan?" - Restoran Ini Hidangkan Burger Tower, Tapi Ramai Pula Risau Jatuh

Nak tahu berapa harga burger tower tu?

Cover image via @mastikajunaidahkassim (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Burger merupakan makanan yang menjadi kegemaran ramai sejak kecil lagi

Ada yang suka burger daging biasa, ada yang suka burger benjo dan macam-macam lagi. Tidak dinafikan, resepi burger juga diolah menjadi lebih menarik supaya ramai mahu mencubanya.

Salah satunya adalah variasi yang dilakukan oleh kafe ini di mana mereka menyajikan 'burger tower' telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Ramai risau tengok pelayan bawa burger bertingkat, pening macam mana nak makan

Menerusi perkongsian video daripada @mastikajunaidahkassim, kelihatan keluarga itu sedang menjamu selera di sebuah kafe di Perlis.

Apa yang mencuri tumpuan adalah apabila seorang pelayan membawa burger bertingkat ke arah meja mereka. Menu itu diberi nama burger tower.

Walaupun burger tersebut kelihatan sangat menyelerakan, namun netizen pula mempersoalkan bagaimana mereka mahu makan kerana terlalu tinggi.

"Kalau tumbang kena cepat-cepat tangkap ni. Terfikir macam mana orang yang buat burger tu" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih sebanyak 919.8K views, 35.5K likes dan 1.2K shares di laman TikTok.

Tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mengenai burger tower itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Korang prefer makan burger macam mana? Cuba kongsikan di ruangan komen.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: