"Hilang Selera Aku" - Warganet Kembang Tekak Tengok Lelaki Ini Selamba Masak Bubur Katak
Macam mana dia boleh lalu makan bubur tu. Hm.
Dalam dunia ini, banyak makanan pelik yang kita tak terfikir orang boleh jadikan sebagai juadah harian mereka
Tambahan lagi kalau bukan Muslim dan jenis suka makan serangga serta haiwan yang pelik-pelik. Kadangkala memang kembang tekak dibuatnya.
Sama seperti sebuah video yang tular ini apabila seorang lelaki memasak bubur katak telah menjadi perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Bilas dan perap katak untuk buat jadi bubur
Menerusi perkongsian video daripada @galismenn, kelihatan lelaki itu menangkap dua ekor katak dari sangkar di rumahnya untuk dimasak.
Apa yang membuatkan warganet rasa loya dan kembang tekak adalah apabila dia mula melumur garam, bawang, halia dan beberapa rencah lain pada katak tersebut.
Lebih meloyakan, rupa-rupanya dia memasak bubur katak dan memberikan bubur itu kepada seorang wanita. Malah, wanita itu dilihat begitu berselera menikmati bubur katak itu.
"Asal aku tengok sampai habis ni, kembang tekak aku" - Warganet
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mencecah 2.1M views, 79K likes dan 18K shares di laman TikTok.
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet turut berasa loya melihat bubur katak itu walaupun ia memang boleh dimakan oleh sesetengah bangsa.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!