"Ayam Recycle" - Tular Ada Ulat Sampah Dalam Ayam Di Kedai Nasi Kandar Ini Buat Ramai Loya
Gelinya tengok.
Rasanya semua orang dah tahu, banyak restoran nasi kandar di Pulau Pinang yang viral gara-gara tidak menjaga kebersihan
Kes ulat dan telur lalat dalam makanan, pinggan dibasuh dengan air lecak, kedai penuh dengan lipas dan tikus sudah sering menjadi isu kepada pelanggan.
Tetapi, masih ramai yang tidak serik dan tetap mengunjungi restoran-restoran ini kerana senang untuk melepak dengan kawan-kawan.
Baru-baru ini, tular pula sebuah video memaparkan seekor ulat sampah dilihat masih bergerak di celah ayam goreng di sebuah restoran nasi kandar telah meraih tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Masih bergerak, ramai naik loya tengok ulat sampah dalam ayam goreng
Menerusi video yang dimuat naik oleh @penang_kini_official, kelihatan rakaman itu menunjukkan seekor ulat sampah berwarna putih yang masih bergerak dalam ayam goreng.
Difahamkan, restoran nasi kandar tersebut berada di Kepala Batas, Pulau Pinang dan sebelum ini pernah tular juga gara-gara pekerjanya mencuci pinggan di belakang kedai menggunakan air lecak.
Perkara itu membuatkan ramai rasa geli dan naik loya. Ia sememangnya tidak harus terjadi di mana-mana restoran kerana boleh menyebabkan para pelanggan mengalami keracunan makanan.
"Dah ramai yang dah kena, dok pi lagi makan dekat kedai mamak celup ni" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini telah mendapat 222K tontonan, 5.7K tanda suka serta 2.2K perkongsian di laman TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pendapat masing-masing mengenainya.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Tak faham betul, dah banyak kali jadi isu pun masih ramai suka makan dekat restoran ni eh? Hmm.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!