Anak Waswas Daging Bertukar Warna Putih Lepas Masak, Sekali Check Rupanya Memang Babi
Takutnya, nasib baik belum makan.
Sebagai umat Islam, kita seharusnya memastikan daging yang dimakan adalah betul-betul halal dan tidak ada perasaan waswas
Sekiranya ada perasaan waswas tersebut, kita perlulah menyemak dengan lebih teliti dari mana datangnya sumber daging itu.
Seperti isu yang tular baru-baru ini di laman Facebook, seorang wanita berkongsi pengalaman anaknya termasak daging babi telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat posting itu di bawah:
Anak minta ayah tolong belikan lauk basah, sekali tak sangka hampir termakan daging babi
Menerusi perkongsian cerita daripada Cekta Hermosa, anak-anaknya meminta ayah mereka membeli lauk basah seperti biasa untuk dimasak bersama-sama di rumah.
Apa yang membuatkan dia terkejut adalah apabila anaknya tiba-tiba mesej dan bertanya daging apa yang dimasak kerana ia bertukar warna putih dan tidak seperti macam daging lembu biasa.
Wanita itu terus bertanya kepada kawan-kawan Cinanya dan alangkah terkejut bila mendapat tahu itu adalah daging babi. Kawan-kawannya juga melarang supaya mereka tidak makan daging tersebut.
"Semoga family sis dan anak-anak dipermudah kan. Kalau betul sengaja beli memang berdosa la bapak budak tu. Kalau salah tolong report cek penjual daging-daging mentah kat pasar" - Netizen
Susulan tularnya posting berkenaan yang kini telah meraih 2.2K likes, 2.5K comments dan 5.2K shares di laman Facebook, rata-rata netizen turut memberikan pendapat masing-masing mengenai isu tersebut.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di Facebook:
Hmm. Bahaya kalau jadi macam ni, harap pihak bertanggungjawab boleh siasat isu ni supaya tak jadi lagi. Naya dekat orang Muslim!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!