"Naik Loya" - Lelaki Jumpa Pacat Masih Hidup Dalam Mi Sup Ini Buat Ramai Geli Tekak
Dah habis makan pula tu, nasib baik tak tertelan pacat sekali.
Antara perkara yang perlu dititikberatkan jika kita menjamu selera di kedai makan adalah dari segi kebersihannya
Sudah banyak kedai makan yang disaman gara-gara tidak menjaga kebersihan terutamanya di bahagian dapur. Ada yang jumpa lalat, lipas, cicak, dan tikus di kawasan kedai.
Secara tidak langsung, ia membuatkan para pelanggan tidak selesa untuk menikmati makanan. Ada juga kes yang teruk sehingga terkena food poisoning.
Tular pula sebuah video baru-baru ini, seorang lelaki menjumpai seekor pacat yang masih hidup di dalam makanannya telah mencuri perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Dah habis makan baru terjumpa pacat yang masih hidup dalam mangkuk
Menerusi video yang dimuat naik oleh @_ichii21, kelihatan lelaki itu sedang menikmati mi sup di sebuah kedai makan.
Namun, apa yang mengejutkan adalah apabila dia menunjukkan seekor pacat yang berada di dalam mangkuk dilihat sedang berenang di dalam kuah mi sup itu.
Dia juga sempat mengalih pacat tersebut menggunakan garfu untuk memeriksa sama ada ia betul-betul pacat atau sayuran lain.
"Ish kan benda tu dah masak, macam mana boleh hidup lagi?" - Netizen
Ikutan tularnya video itu yang kini telah meraih 601.1K tontonan, 4.9K tanda suka serta 2.1K perkongsian di TikTok, rata-rata netizen turut merasa geli melihat pacat tersebut.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Kalau jumpa pacat tu dari awal at least bolehlah pulangkan semula lepas tu cari kedai lain. Ini dah habis makan, hmm :'/
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!