Saja Suruh Order ‘Salmon Macchiato’ Dekat Starbucks, Tak Sangka Member Buat Betul-Betul
Staff Starbucks tu pun pening kak oi.
Starbucks merupakan minuman yang agak mahal jika dibandingkan dengan air lain
Bukan semua orang pernah minum Starbucks. Malah, ada yang terpinga-pinga di kaunter kerana tidak tahu bagaimana untuk membuat pesanan.
Apatah lagi kalau diprank oleh kawan sendiri yang menyuruh kita membuat pesanan tanpa kita tahu nama sebenar air di kedai itu.
Seperti sebuah video yang tular di TikTok ini, seorang wanita diprank oleh kawannya ketika ingin mebuat pesanan di drive thru Starbucks telah mengundang tawa ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Kawan suruh order air 'salmon macchiato', tak sangka pergi cakap betul-betul
Menerusi video yang dimuat naik oleh @meerajames7974, kelihatan mereka berdua sedang berada di drive thru Starbucks untuk membuat pesanan air.
Apa yang menghiburkan adalah apabila si pemandu tersebut dikenakan oleh kawan di sebelahnya. Kawannya menyuruh dia order air salmon macchiato.
Lebih melucukan lagi, dia betul-betul order air yang disebut oleh kawannya itu kepada barista Starbucks. Barista itu pula ingatkan dia ingin menyebut caramel macchiato.
Tetapi, wanita itu dengan konfiden membetulkan si barista dengan berkata "salmon macchiato, sayang". Tidak lama kemudian, kawannya tergelak di situ membuatkan dia sedar dia telah diprank.
"Kenapa tak order siakap frappucino jugak? Hahaha itu kedai kopi kak, bukan kedai sushi" - Netizen
Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih 782.1K views, 40.5K likes dan 2.3K comments di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat wanita itu yang terlebih konfiden.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!