seismik

"Mesti Geng Shafla Detura" - Gaya Catwalk Adik-Beradik Ini Undang Tawa Ramai

Berdekah gila!

Cover image via @hellodaia (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Dalam setiap adik-beradik, pasti akan ada salah seorang yang sering menjadi penghibur betul tak?

Merekalah orang yang suka membuat lawak dan menjadikan hari-hari kita sentiasa ceria. Kalau tak ada mereka, memang sunyilah rumah.

Seperti sebuah video tular ini yang memaparkan gelagat adik-beradik berangan jadi model dan buat catwalk di garaj rumah telah mengundang dekah ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@hellodaia

dengan tualanya, dengan seliparnya

original sound - mais

Nombor tiga paling tak rileks, siap buat shuffle

Menerusi video yang dimuat naik oleh @hellodaia, kelihatan empat adik-beradik perempuan itu sedang berada di perkarangan garaj rumah mereka.

Apa yang membuatkan ramai terhibur adalah apabila mereka secara spontan melakukan catwalk dan feeling-feeling menjadi model di runway.

Lebih melucukan adalah apabila gadis nombor tiga yang selamba keluar dengan gaya lincahnya sambil membuat shuffle begitu lincah sekali.

"Ikut beat pulak 3 dengan 4 tu. Sangat extreme ya hahaha" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan yang kini sudah mencecah sehingga 3.8M views, 708.9K likes dan 4.6 shares di laman TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat adik-beradik itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Masuk air betul ya yang nombor tiga tu. Tengok banyak kali pun masih tergelak! :D

Image via GIPHY

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: