seismik

Selamba Cilok Tong Gas Walaupun Dah Kantoi, Aksi Tenang Pencuri Ini Cetus Bualan Ramai

Dia boleh bantai gelak pula.

Cover image via @azmilkkl (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seperti yang kita tahu, kes kecurian dalam kawasan perumahan sudah biasa terjadi

Oleh itu, kita haruslah berwaspada dan sentiasa berhati-hati semasa berada di dalam rumah. Pencuri zaman sekarang sanggup buat apa saja untuk dapatkan apa yang mereka mahukan.

Seperti insiden yang berlaku dalam sebuah video ini apabila seorang pencuri kantoi membawa lari tong gas di sebuah rumah telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Dah kantoi mencuri tapi masih tenang bawa lari tong gas

Menerusi video yang dimuat naik oleh @azmilkkl, kelihatan pencuri itu sedang membawa lari tong gas dari sebuah rumah.

Apa yang menjadi bualan ramai adalah apabila dia sudah terkantoi gara-gara tuan rumah menjerit, dia masih dilihat tenang membawa lari tong gas tersebut dengan menunggang motosikal.

Malah, dia juga sempat tergelak apabila si tuan rumah menjerit meminta bantuan daripada orang sekeliling. 

"Aku rasa pencuri tu pekak lah, dia buat tak tahu je" - Warganet

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mencecah 2.4M views, 59.6K likes dan 5.8K shares di laman TikTok.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet turut memberikan pandangan masing-masing mengenai aksi pencuri itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Mesti dia dah biasalah tu curi tong gas dekat rumah orang, itu yang muka keras je tu.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: