Pening Gaji Tak Masuk Lagi, Pemuda Bantai Rap Dalam Loghat Perak Ini Undang Tawa Ramai
Sedap pula lagu dia.
Tidak dinafikan, kita semua memerlukan duit demi kelangsungan hidup masing-masing
Tambahan pula bagi yang sudah berkeluarga dan menanggung ramai anak. Sudah tentu memerlukan duit yang banyak sehingga terpaksa membuat lebih dari satu kerja dalam tempoh sebulan.
Setiap kerja memerlukan gaji. Namun, masih ada syarikat tidak membayar gaji pekerja pada waktu yang sepatutnya.
Lain pula dengan sebuah video ini apabila seorang pemuda stres gaji belum masuk sehingga mereka lagu sendiri telah mencuit hati ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Spontan rap dalam loghat Perak, ramai pula puji suara sedap
Menerusi video yang dimuat naik oleh @im.im_ran, kelihatan pemuda itu sedang menyanyi sambil rap dengan gayanya yang tersendiri mengupas isu gaji belum masuk lagi.
Apa yang menghiburkan adalah apabila pemuda itu mula rap dengan menggunakan loghat Perak. Malah, melodi yang direka sendiri tentang gajinya yang belum masuk itu mencuit hati ramai.
"Bukan teman tak mau lepak, tapi teman sedor. Udoh gaji teman idak kemarinya lagi. Patutnya sudoh ade, tapi teman nengok masih kosong-kosong juge," nyanyinya.
"Tajuk lagu : teman sedor diri. Sedap la pulok" - Netizen
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 482.4K tontonan, 47.1K tanda suka serta 2.6K perkongsian di TikTok.
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur mendengar nyanyian freestyle pemuda itu.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!