[VIDEO] Cuba Nyanyi Lagu Viral Di TikTok, Tapi Suara Gadis Ini Pula Buat Netizen Semput
Macam guna filter je.
Semua orang boleh menyanyi, tetapi tidak semestinya memiliki suara yang merdu
Selalunya, mereka yang bersuara merdu ini akan selalu tampil membuat cover di media sosial kerana ramai ternanti-nanti lagu apa yang bakal dinyanyikan.
Lain pula yang berlaku dalam video ini apabila seorang gadis menyanyikan sebuah lagu hits Indo dengan suara yang kelaut telah mencuit hati ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Nyanyi lagu terbaru Mahalini, tapi suara pula jadi tumpuan
Menerusi video yang dimuat naik oleh @kirana.anandita, kelihatan gadis itu sedang menyanyikan lagu Sial nyanyian Mahalini.
Apa yang membuatkan ramai terhibur adalah apabila dia menggunakan voice effect 'Wulan' yang menjadikan suaranya semput.
Sebenarnya, suara gadis itu sedap saja. Cuma dia saja menggunakan voice effect tersebut untuk membalas permintaan followernya.
"Sampai ke sini terasa semput dia tu" - Netizen
Susulan tularnya video tersebut yang kini telah mencecah sehingga 6.6M views, 270.5K likes dan 13.4K comments di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur mendengar suaranya itu.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!