Bancuh Susu Anak Jam 2 Pagi, Tak Sangka Ternampak Suami Tengah ‘Projek’ Dengan Ibu Kandung
Allahuakbar. Tergamaknya.
Tidak dinafikan, dalam setiap rumah tangga pasti ada pasang surutnya
Hanya kita saja yang mengenali baik dan buruk pasangan. Namun, itulah namanya asam garam kehidupan. Sejahat mana pun suami atau isteri, kita perlulah menerima kekurangan mereka.
Namun, lain pula dengan kisah yang dihadapi oleh seorang wanita ini apabila dia menyaksikan suaminya melakukan seks dengan ibu kandungnya sendiri telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat ciapan penuh di bawah:
Mamai bancuh susu anak pukul dua pagi, tak sangka jadi detik hitam
Menerusi kisah yang dikongsi oleh wanita bernama Husna di bebenang laman Twitter @fedtriyahya, wanita itu memberitahu betapa hancurnya hati apabila dia pernah ternampak suami dan ibu kandungnya sendiri melakukan zina di rumah mereka.
Menurut Husna, pada satu malam dia bangun pukul dua pagi untuk membancuh susu anaknya. Dalam keadaan mamai, alangkah terkejutnya dia apabila suami dan ibunya itu sedang membuat 'projek'.
"I dari toxic family dan diorang dah divorced. I anak tunggal, tak ada tempat nak mengadu. Ada suami dan mak tapi jadi macam ni. Impian I masa akad nikah, I nak bahagia, tak nak cerai-cerai macam parents. Tapi ujian I macam ni pula," luahnya.
Lihat ciapan lain di bawah:
Dalam pada itu, warganet turut memberikan pandangan masing-masing mengenai situasi yang dihadapi wanita tersebut
Ketika artikel ini ditulis, ciapan berkenaan berjaya meraih 2.4K retweets, 5.6K likes serta 3.4K quote tweets di Twitter.
Berikut di bawah merupakan antara komen warganet di Twitter:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!