seismik

Pandai Tarik Minat Pelajar, Tiga Cikgu Lelaki Buat Senaman Aerobik Ini Raih Pujian Ramai

Anak murid pun enjoy kalau pagi-pagi ada aerobik macam ni.

Cover image via @msn_lalala (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bagi sesetengah pelajar, perhimpunan pada waktu pagi merupakan perkara yang mereka paling tidak suka kerana masih mengantuk

Tetapi, jika guru pandai menawan hati murid-murid dengan melakukan macam-macam aktiviti, pasti mereka akan bersemangat dan seronok untuk ke sekolah.

Seperti sebuah video yang tular ini, tiga orang guru lelaki muda menjadi tumpuan gara-gara membuat senaman aerobik semasa perhimpunan.

Lihat video penuh itu di bawah:

Pandai guna lagu viral TikTok untuk bagi murid-murid cergas

Menerusi video yang dimuat naik oleh @msn_lalala, kelihatan tiga orang cikgu muda itu sedang mengetuai senaman aerobik semasa perhimpunan pagi di sekolah mereka.

Apa yang mencuri tumpuan adalah apabila cikgu itu menggunakan lagu yang sedang tular di laman TikTok iaitu Aiya Susanti.

Rentak lagu itu yang rancak membuatkan murid-murid bersemangat mengikuti sesi senaman aerobik tersebut sehingga akhir.

"Cikgu macam ni dilarang ke sekolah menengah nanti anak murid banyak yang angau" - Warganet

Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah mencecah sehingga 2.4M views, 161.5K likes dan 6.8K shares di laman TikTok, rata-rata warganet turut terhibur melihat gelagat tiga cikgu muda itu.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Kalau macam ni, hari-hari ada senaman aerobik pun boleh cikgu! :D

Image via GIPHY

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: