[VIDEO] Keletah Budak Tadika Buat Persembahan Choral Speaking Ini Raih Perhatian Ramai
Comelnya semua.
Apabila menghadiri ke majlis penyampaian hadiah atau graduasi anak-anak, ibu bapa pasti akan melihat pelbagai jenis persembahan yang dilakukan oleh mereka betul tak?
Tujuan persembahan tersebut dilakukan adalah untuk menghiburkan para tetamu yang hadir, di samping menggalakkan anak-anak mengasah bakat yang mereka ada seperti berlakon, menyanyi dan menari.
Sama seperti sebuah video di TikTok ini yang memaparkan keletah murid-murid lima tahun membuat choral speaking telah mendapat perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Ayah rakam gelagat comel anak masa buat persembahan choral speaking
Menerusi perkongsian video daripada @abeawe3334, kelihatan budak-budak itu sedang membuat persembahan choral speaking di sebuah majlis yang dianjurkan oleh tadika mereka.
Apa yang menarik perhatian adalah walaupun mereka baru berusia lima tahun, namun persembahan itu sangat menarik dan setiap baris perkataan disebut dengan jelas.
Lebih mencuri tumpuan, seorang guru wanita menjadi konduktor agar persembahan choral speaking itu menjadi seragam seperti yang dirancang.
"Weh kalah aku dengan budak-budak ni. Lancar je diorang hafal, kalau aku dah tak ingat apa dah" - Netizen
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 113.1K tontonan, 6.1K tanda suka serta 201 perkongsian di laman TikTok.
Tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut memuji bakat dan keletah murid-murid lima tahun itu.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!