seismik

Lelaki Sakan Berbalas Pantun Tepi Pantai, Tapi Strawberry 'Hanyut' Pula Yang Jadi Tumpuan

Dijeruknya strawberry tu dengan air laut, alahai.

Cover image via @matbunga___ (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Orang tua-tua cakap, kalau sedang angau bercinta memang semuanya nampak manis saja

Iyalah, mula-mula bercinta memang kita nampak yang baik saja pada pasangan. Bak kata orang, kentut pun bau wangi kan?

Namun, lain pula yang berlaku dalam sebuah video ini apabila seorang lelaki berbalas pantun di tepi pantai telah mengundang tawa ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@matbunga___

Part 5: Strawberry Jadi Saksi

original sound - Haziq - Haziq

Sakan berbalas pantun, sekali strawberry hanyut kena air laut

Menerusi video yang dimuat naik oleh @matbunga___, kelihatan lelaki itu sedang duduk di tepi pantai sambil memakai baju Melayu lengkap dengan tanjak.

Apa yang membuatkan ramai terhibur adalah apabila lelaki itu dilihat angau berbalas pantun dengan teman wanitanya sambil memakan buah strawberry.

Lebih melucukan, dia siap baring dan tersengih ke arah teman wanitanya tanpa menyedari buah-buah di dalam bekas itu hanyut dibawa air laut.

"Aku stress tengok strawberry kena air masin. Mahal oi!" - Netizen

Ikutan tularnya video tersebut yang kini sudah meraih 468.5K views, 68.8K likes dan 2.4K shares di laman TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat lelaki itu yang selamba makan strawberry masin.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Teruk sangat angau tu nampaknya bang :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: