seismik

[VIDEO] Wanita Kongsi Masak ‘Asam Rom’ Sambil Cakap Loghat Pahang Ini Raih Perhatian Ramai

Macam Perak pun ada loghat dia.

Cover image via @lizzyizzatyy (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seperti yang kita semua tahu, Malaysia terdiri daripada 13 negeri, dua Wilayah Borneo dan tiga Wilayah Persekutuan

Sudah tentulah setiap negeri mempunyai loghat unik masing-masing betul tak? Antara loghat yang popular di Malaysia adalah negeri Kelantan, Sabah, Perak dan Pulau Pinang.

Namun, berbeza pula dengan sebuah video yang tular ini apabila seorang wanita berkongsi resepi masakannya dengan menggunakan loghat negeri Pahang telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@lizzyizzatyy

Terbaik lah harini,syukur sangat alhamdulillah jadi juga koi masak harini #fyp #fyp #foryou #foryoupage #esekeli #foryourpage #lizzyizzatyy

bunyi asal - LIZZYIZZATY - LIZZYIZZATY

Kongsi resepi masakan dalam loghat Pahang, ramai first time dengar

Menerusi perkongsian video daripada @lizzyizzatyy, kelihatan wanita itu sedang berada di tepi sungai sambil menyediakan bahan-bahan masakannya.

Apa yang menjadi perhatian adalah apabila dia bercakap menggunakan loghat Pahang sambil memasak makanan yang bernama 'masak asam rom'.

Rupa-rupanya, ramai yang pertama kali mendengar loghat negeri Pahang dan tidak menyangka percakapan orang di sana agak pekat dan sukar untuk difahami.

Walau bagaimanapun, para warganet berminat dan seronok mendengar wanita itu bercakap loghat Pahang dengan sempoi.

"Aku orang Pahang pun tak reti cakap Pahang. Pekat ya, susah nak tiru" - Warganet

Susulan tularnya  video berkenaan yang kini telah meraih 806.1K tontonan, 49K tanda suka dan 3.1K komen di TikTok, rata-rata warganet turut memberikan pandangan masing-masing mengenainya.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Memang agak susah nak faham loghat Pahang ni, tapi seronoklah dengar dia cakap :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: