[VIDEO] "Selamba Telan" - Gelagat Comel Bayi Makan Ubat Ini Raih Perhatian Warganet
Cheeky nya dia.
Setiap kali kita ditimpa sakit, ubat adalah benda yang wajib diambil jika berjumpa doktor di klinik
Kalau tak makan ubat, maka lambat lah badan kita kebah dan pulih daripada sakit betul tak? Tetapi, bukan semua orang senang untuk menelan ubat. Ada yang sejak kecil lagi sukar makan ubat sehingga perlu dipaksa.
Namun, berbeza pula dengan sebuah video tular ini apabila seorang bayi seronok menelan ubat telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video itu di bawah:
Tak takut langsung makan ubat, selamba je telan
Menerusi video yang dimuat naik oleh @twinkletripod, kelihatan bayi itu sedang menunggu ibunya menyuapkan ubat sebelum tidur.
Kelihatan ubat itu dimasukkan ke dalam syringe supaya senang untuk bayi itu menelannya. Apa yang mencuri perhatian ramai adalah apabila bayi itu tidak menangis dan takut langsung apabila disuruh makan ubat.
Malah, dia menelan ubat itu sekali saja dan siap menunjukkan reaksi teruja kerana dapat menghabiskan kesemua ubat itu.
"Pandainya dia. Dulu kecil-kecil mak aku kata cukup seksa nak bagi aku makan ubat. Kena picit hidung baru boleh telan haha" - Warganet
Susulan tularnya video tersebut yang kini telah meraih 433.5K views, 47.4K likes dan 2.7K shares di laman TikTok, rata-rata warganet turut memberikan pelbagai reaksi.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!