[VIDEO] Nyenyak Tidur, Wanita Gunting Rambut Anak Guna Cara 'DIY' Ini Buat Ramai Terhibur
Elok pula si kecil tu tak terjaga ya.
Kebiasaannya, budak-budak kecil memang tak mahu duduk diam bila dibawa ke kedai gunting rambut
Ada yang menangis kerana tidak mahu kepala mereka dipegang, ada juga yang tidak mahu memberikan kerjasama supaya rambut mereka dapat dipotong.
Baru-baru ini, seorang wanita berkongsi caranya menggunting rambut si anak semasa sedang tidur telah mencuit hati ramai.
Lihat video itu di bawah:
Kena tunggu anak tidur baru dapat potong rambut dengan tenang, terpaksa guna cara 'DIY'
Menerusi video yang dimuat naik oleh @nramalinasharif, kelihatan budak lelaki itu sedang tidur dengan nyenyak.
Apa yang menghiburkan adalah apabila ibunya melekatkan cellophane tape di atas dahinya supaya melekat pada rambut yang ingin digunting.
Lebih mencuri perhatian, budak itu dilihat masih nyenyak dan tidak terjaga langsung sepanjang ibunya menggunting rambut itu.
"Kalau potong time dia jaga memang tak duduk diam habis senget benget nanti. Sebab tu kena tunggu tidur," katanya.
"Tidak terjadi untuk anak saya, haha mudah terjaga jika disentuh" - Netizen
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 174.2K views, 5.6K likes dan 946 shares di laman TikTok.
Rata-rata netizen turut terhibur melihat cara wanita itu menggunting rambut anaknya. Ada juga yang berkongsi cara itu tidak menjadi kepada anak mereka kerana mudah terbangun.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!