Cikgu Guna Bahasa Isyarat & Bantu Murid OKU Fahamkan Lagu Jalur Gemilang Ini Raih Pujian
"Kenapa aku rasa sebak tengok video ni. Terima kasih cikgu!" - Netizen.
Pekerjaan sebagai seorang guru bukan saja perlu mengajar anak murid, tetapi memastikan mereka seronok untuk ke sekolah dan menganggap tempat belajar adalah rumah kedua mereka
Tambahan pula menjadi seorang guru pendidikan khas yang memerlukan lebih banyak pendekatan terhadap anak murid.
Tular baru-baru ini rakaman seorang guru bersungguh-sungguh menggunakan bahasa isyarat untuk menyampaikan maksud lagu Jalur Gemilang telah mencuri perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Guna bahasa isyarat untuk bantu murid kurang upaya faham lagu Jalur Gemilang
Menerusi video yang dikongsi oleh @namakulin22, kelihatan cikgu lelaki yang segak berpakaian baju Melayu dan bertanjak itu sedang membuat pelbagai pergerakan ketika lagu Jalur Gemilang dimainkan.
Difahamkan, dia merupakan guru pendidikan khas dan dilihat menggunakan bahasa isyarat untuk membantu anak murid kurang upaya supaya memahami lagu patriotik tersebut.
Gelagatnya yang bersungguh-sungguh itu telah meraih pujian ramai dan membuatkan segelintir sebak melihat usahanya.
"Pergh respect! Semoga Allah permudahkan segala urusanmu cikgu" - Netizen
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat 25.8K tontonan, 1.8K tanda suka serta 104 perkongsian di TikTok.
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memuji effort yang dibuat oleh cikgu itu.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!