seismik

"Macam Dalam Kondo" - Cikgu Kreatif Hias Bilik Majalah Sekolah Ini Raih Perhatian Ramai

Wow, cantik dan kemas!

Cover image via @sir_koja (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Menjadi seorang guru sememangnya bukan mudah. Di samping perlu memastikan anak murid berjaya dalam pelajaran, guru juga harus memikirkan cara untuk menaikkan semangat mereka ke sekolah.

Jika zaman dulu, kebanyakan guru memang garang dengan anak murid sehingga menyebabkan segelintir mereka lebih memilih untuk ponteng kelas kerana tidak gemar dengan cara cikgu tersebut.

Tetapi, berbeza dengan cara guru zaman sekarang mendidik dan menarik perhatian pelajar untuk ke sekolah dengan rasa gembira dan tidak terpaksa.

Seperti inisiatif yang dilakukan oleh seorang cikgu ini yang menghias bilik majalah sekolah telah mencuri tumpuan ramai baru-baru ini.

Lihat video itu di bawah:

@sir_koja

Inginkan tempat kerja yang selesa bkn ambil masa 1 hari juge...walaupun kat sekolah, biar lah vibe tu feels like home...so, xde la rindu rumah sgt...rumah dgn bilik kat skolah pun lebih kurang.... esok saya rakam dengan lebih jelas...sorry mcm rushing...

original sound - Sir_Koja - Sir_Koja

Kreatif hias bilik majalah dan beberapa ruangan lain di sekolah

Menerusi perkongsian video daripada @sir_koja, kelihatan cikgu lelaki itu membuat tour di dalam bilik majalah sekolahnya.

Apa yang menarik perhatian ramai adalah sebaik saja berada di hadapan pintu dan memasuki bilik berkenaan, ia dihiasi dengan pelbagai perabot serta dekorasi persis seperti kediaman kondominium.

Kelihatan di dalam bilik majalah tersebut rak berwarna putih yang disusun sepanjang kawasan dinding, sofa bersaiz kecil serta ruangan membuat air yang diletakkan bersama mesin pembuat kopi.

Selain bilik majalah, guru itu juga menghiasi beberapa ruangan lain di sekolah berkenaan seperti bilik kesihatan, perpustakaan, koperasi, bilik SPBT dan sebagainya.

Lihat video lain di bawah:

@sir_koja

bilik kesihatan ni baru je siap diubah...sebelum ni mmg x mcm rupa bilik kesihatan pun, murid2 masuk je macam makin sakit je...transformasi....

Menjemput Rezeki - Sinka Sisuka
@sir_koja

Ruangan lobi koperasi sekolah yang sy sudah deco tahun lepas demi keselesaan lawatan tetamu dr pelbagai sektor dan bahagian...penggunaan warna yg cerah dan tidak terlalu menonjol utk menghasilkan pandangan yg luas dan segar...perabot2 dicat semua utk diharmonikan dgn tema ruangan...kerja lebih tenanh, hati lebih ruang utk berbincang ttg produk2 dan jualan koperasi... gambar sebelum proses pembikinan ada di profile....

Let's go - Official Sound Studio
@sir_koja

Alhamdulillah...segala puji bg Allah, Tuhan semesta alam..dpt saya membuat tranformasi ni dlm masa sminggu...zaman skrang mudah, ada app bleh design, ada shopee bleh order brg cepat2, dan sy suka waktu cuti saya ada aktiviti utk sy buat something...wang disalurkan, sy guna dgn sebaiknya demi warga sekolah, terutama skali para pelajar sbb sickbay x nampak mcm sickbay...semoga ianya bermanfaat dan digunakan sebaiknya...semoga aku dpt pahala...hehe

Thank You Allah - Maher Zain

"Masha-Allah, cantiknya nampak kemas dan bersih" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.1M views, 48.7K likes dan 1.5K shares di TikTok.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terpegun dengan hasil kreativiti cikgu tersebut.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Terus berwajah baru, tak macam dalam sekolah. Terbaiklah cikgu!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: