seismik

Tengah Kira Duit 'Salam Kaut', Pengantin Ini Terkejut Jumpa 2 Keping Wang Palsu RM20

Rajin betul yang memberi tu, siap lukis dan warna ya.

Cover image via @jihaaaa98 (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sudah menjadi adat dan budaya yang sering diamalkan dalam masyarakat Melayu, apabila ada kenduri kahwin pasti ada 'salam kaut'

Salam kaut merupakan sagu hati atau sedekah ikhlas berbentuk wang ringgit yang dihulurkan oleh tetamu yang hadir kepada tuan rumah.

Pada masa ini, amalan salam kaut dilihat seolah-olah telah menjadi satu perkara yang biasa diamalkan setiap kali memenuhi jemputan majlis perkahwinan lebih-lebih lagi jika tetamu tidak sempat membawa hadiah buat pasangan pengantin.

Namun, lain pula yang terjadi dalam video tular ini apabila pengantin wanita tiba-tiba terjumpa dua keping duit palsu semasa sedang mengira duit salam kaut yang diterimanya selepas majlis.

Lihat video itu di bawah:

@jihaaaa98

agak2 bawak ke bank negara dapat berapa ya?

DJ AYAM PARGOY - Breaks Music Group

Terkejut tengok ada dua keping RM20 palsu, siap dilukis dan diwarna

Menerusi video yang dimuat naik oleh @jihaaaa98, kelihatan pengantin itu sedang mengira duit salam kaut bersama suaminya.

Apa yang membuatkan dia terkejut adalah apabila dia mendapati ada dua keping duit RM20 palsu dalam sekeping angpau yang dibukanya.

"Ada duit baru pulak ke? Advance ya otak orang ni. Ingatkan salam tisu kosong, angpau kosong dah teruk dah. Ada lagi teruk rupanya," katanya.

Malah, si pemberi siap melukis dan mewarna duit itu supaya nampak persis seperti wang ringgit asli.

"Abaikan duit pelesu tu tapi effort dia nak melukis tu haha" - Warganet

Susulan tularnya video tersebut yang kini telah meraih 1.3M tontonan, 45.5K tanda suka serta 12.8K perkongsian di TikTok, rata-rata warganet turut terhibur dan ada juga yang memberikan pendapat masing-masing mengenai salam kaut.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Kita cuba husnuzon, mungkin yang bagi duit tu budak-budak kot? Dia nak join the vibes salam kaut jadi dia DIY duit :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: