"Macam Lukisan" - Healing Di Sungai, Ramai Tak Sangka Pemandangan Ini Ada Dekat Malaysia
Cantiknya!
Tidak dinafikan, Malaysia merupakan salah satu negara yang menjadi tumpuan para pelancong
Banyak sebenarnya tempat cantik atau 'hidden gems' yang masih ramai belum teroka di dalam Malaysia ini. Salah satu negeri yang terkenal dengan pemandangan seperti di luar negara adalah Sabah.
Baru-baru ini, tular sebuah rakaman seorang pemuda menikmati pemandangan sambil mandi sungai telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video itu di bawah:
Santai baring dalam sungai, tak sangka pemandangan depan mata cantik gila
Menerusi video yang dimuat naik oleh @sayaaliph, kelihatan pemuda itu sedang healing di sebuah kawasan sungai yang dikatakan terletak di Sabah.
Apa yang menariknya, dia menunjukkan pemandangan di depan matanya dan apabila kamera tersebut mengalihkan ke arah yang ditunjuk, kelihatan gunung di depannya itu sangat cantik apabila terkena pancaran sunset ketika itu.
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 810.1K views, 63.9K likes dan 2.9K shares di laman TikTok
Rata-rata warganet turut terpaku melihat pemandangan yang indah seperti lukisan itu. Malah, ramai rindukan pemandangan di Sabah.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!