"Take Care B*bi" - Lelaki Kongsi Kena Warning Dengan Facebook Sebab Panggilan Kakak Ipar
Alamak.
Sebagai pengguna media sosial, kita haruslah menjaga adab dan tutur kata sebelum memuat naik apa-apa status atau gambar
Tambahan pula jika akaun kita dibuka untuk umum atau tidak private, memang apa saja yang dimuat naik akan dilihat oleh sesiapa saja.
Sama seperti platform media sosial lain, Facebook juga mempunyai community guideline yang perlu dipatuhi oleh setiap pengguna. Jika terdapat apa-apa yang mendatangkan ancaman, seseorang individu boleh dikenakan tindakan.
Namun, lain pula yang terjadi kepada seorang lelaki dari Bangladesh ini apabila dia mendapat amaran gara-gara komen kepada kakak iparnya menjadi tumpuan ramai.
Lihat posting itu di bawah:
Ucap selamat disalah erti
Menerusi posting tersebut, lelaki Bangladesh yang bernama Mirazulislam Khan itu berkongsi sebuah tangkap layar di akaun Facebooknya gara-gara komen yang ditujukan buat kakak iparnya.
Dia pada mulanya menulis "take care babi, hope get well soon" buat kakak iparnya yang sedang sakit.
Tetapi, disebabkan perkataan babi itu, dia telah mendapat amaran daripada pihak Facebook kerana disalah erti dan dianggap mencarut.
Disebabkan hal itu, ada netizen menegur lelaki tersebut sebenarnya dia tersalah eja perkataan babi yang sepatutnya dieja 'bhabi'.
Ketika artikel ini ditulis, posting berkenaan telah mendapat 730 tanda suka, 236 komen dan 11 perkongsian di laman Facebook
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat posting tersebut dan memberitahu lelaki itu supaya lebih berhati-hati untuk mengeja perkataan yang ingin diucapkan selepas ini.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Facebook:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!