"Rela Beli Air Mineral" - Suami Madammu Elak Guna Air Paip Untuk Mandikan Bayi Di Kampung
Faham je, sebab kulit bayi baru lahir kan sensitif.
Tular baru-baru ini, ahli perniagaan terkenal Ericya Baiduri atau lebih dikenali sebagai Madammu menjadi bualan netizen selepas anaknya dimandikan dengan air mineral
Rakaman berdurasi 43 saat itu memaparkan confinement lady yang menjaga Madammu dan anaknya sedang menuang beberapa botol air mineral ke dalam besen untuk memandikan bayinya telah mendapat perhatian ramai di TikTok.
Lihat video itu di bawah:
Air di kampung kuning, tak berani nak mandikan anak dengan air paip
Menerusi video itu, Madammu berkata suaminya Muhammad Azri Che Noh atau dikenali sebagai TP sanggup membeli air mineral kerana tidak mahu bayi mereka mandi dengan air paip ketika berada di kampungnya, Besut, Terengganu.
Mungkin kerana faktor air yang agak kotor di kampungnya membuatkan mereka mengelak untuk memandikan bayi dengan air paip di sana. Iyalah, kulit bayi kan sensitif.
"Over kan papa dia. Mummy dulu mandi air telaga saja. Awak semua kecam sikit TP. Tapi begitulah kasih seorang bapa yang orang jarang nampak," tulisnya.
"Rezeki baby mak ayah kaya. Kami biasa-biasa ni alhamdulillah ayahnya buat juga tapi guna air paip. Rezeki masing-masing kan untuk anak-anak" - Netizen
Susulan tularnya video tersebut, kini ia telah meraih sebanyak 1.4M views, 31K likes dan 2K shares di laman TikTok.
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pendapat masing-masing mengenainya.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!