"Kemain Omputih" - Surat Cinta Budak Darjah Empat Ini Buat Warganet Insecure
Power juga grammar dia.
Jika diingat semula, setiap orang pasti pernah melalui fasa cinta monyet dan berbalas surat semasa di bangku persekolahan dulu bukan?
Zaman dulu, telefon bimbit tidaklah secanggih sekarang. Malah, ramai budak sekolah tidak ada telefon bimbit untuk menghubungi kekasih hati. Jadi, surat sajalah yang menjadi penghubung untuk meluahkan perasaan.
Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan sepucuk surat cinta budak darjah empat yang diberikan kepada crush nya telah mencuri tumpuan warganet di TikTok.
Lihat video itu di bawah:
Anak perempuan tunjuk surat cinta daripada budak darjah empat, ibu pula sakan mengusik tanya handsome ke tidak
Menerusi video yang dimuat naik oleh @the.senahhotzzzz, kelihatan wanita itu merakam isi kandungan surat cinta tersebut untuk ditunjukkan kepada suaminya.
Apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila isi kandungan surat cinta berkenaan ditulis sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris.
"Keisya, I really like you, did you know? I’m Fayad from 4E, I have feelings for you. I know that you already liked someone else but I still like you. This is kinda like a confess but if you reject me its okay," tulisnya.
Isi kandungan surat itu ternyata membuatkan wanita tersebut terhibur dan ketawa selepas membacanya. Malah, dia sempat bertanyakan kepada anaknya sama ada dia juga menyukai kanak-kanak lelaki itu.
"Grammar budak tu lagi okay daripada aku. Aku dulu nak bagi surat pun malu-malu" - Warganet
Ikutan tularnya video berkenaan, kini ia telah meraih sehingga 1.9M tontonan, 1.9K komen serta 150.5K tanda suka di TikTok.
Manakala, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet turut terpegun melihat grammar budak lelaki itu yang boleh dikatakan hebat untuk budak darjah empat.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!