seismik

"Aku Cincang Kau 14" - Abang Tesla Punya Pasal, Budak Ini Tercengang Kena Bebel Dengan Mak

Sabar kak, haha.

Cover image via @themamasempoi (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sejak beberapa hari lalu, hangat di media sosial apabila ramai yang membincangkan tentang kisah rumah tangga influencer, Abang Tesla yang berkahwin dua selepas mendapat restu dari isteri pertamanya

Selepas tularnya isu tersebut, ia secara tidak langsung telah membuatkan para wanita khususnya kaum isteri panas hati sehingga melepaskan kemarahan kepada pasangan masing-masing supaya tidak melakukan hal yang sama.

Namun, sebuah video yang tular ini juga mendapat perhatian ramai apabila seorang wanita membebel kepada anaknya agar jangan kahwin dua bila besar nanti.

Lihat video itu di bawah:

@themamasempoi

Ko jangan main2 dgr aku ckap ye. Aku yg beranak kan ko dgr cakap mama ni!

original sound - ABG.TESLA - ABG.TESLA

Baru nak keluar pergi beli roti, tiba-tiba mak bebel jangan kahwin banyak bila besar nanti

Menerusi video yang dimuat naik oleh @themamasempoi, kelihatan budak lelaki itu baru ingin keluar rumah menaiki basikal untuk membeli roti.

Apa yang membuatkannya tercengang adalah apabila ibunya tiba-tiba merakam video sambil memberi amaran kepadanya supaya tidak kahwin banyak apabila dia besar nanti.

"Adik, kau pergi beli roti tu molek-molek sikit. Kau ingat sikit eh, kau besar nanti jangan nak kahwin dua, tiga. Kalau kau kahwin dua, tiga aku cincang kau 14," pesannya.

Walau bagaimanapun, apa yang mencuit hati adalah apabila wajah anaknya itu dilihat bingung dan terpinga-pinga dengan pesanan ibunya.

Meskipun tidak menyebut sebarang nama, namun ramai tahu video tersebut berkaitan dengan kisah Abang Tesla yang berkahwin dua memandangkan dia menggunakan muzik latar yang diambil dari video tersebut.

"Adoi keras perut gelak, blur anak tu. Hahaha ingat husband je kena" - Warganet

Susulan tularnya video tersebut yang kini telah mencecah 1.9M views, 103.3K likes dan 13.8K shares di laman TikTok, rata-rata warganet turut terhibur dan kesian melihat reaksi budak lelaki itu yang tak pasal-pasal menjadi mangsa bebelan ibunya.

Berikut di bawah adalah antara komen menarikn daripada warganet di TikTok:

Kesian anak yang tak bersalah tu kena bebel kak, dia nak beli roti je tau :D

You may be interested in: