seismik

Santai Layan Rakyat, Rakaman Yang Dipertuan Agong Karaoke Di Pentas Ini Raih Perhatian

"Agong paling sempoi" - Warganet.

Cover image via @gingerphoong (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seperti mana yang seluruh rakyat Malaysia maklum, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah bakal menamatkan khidmatnya tidak lama lagi

Sudah semestinya, rakyat bersedih dengan khabar ini kerana beliau merupakan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) paling disayangi ramai di atas jasa-jasa yang telah diberikan sejak tahun 2019.

Bukan itu saja, Malaysia dilanda pelbagai dugaan dan rintangan sepanjang empat tahun ini terutamanya wabak Covid-19 pada tahun 2020. Seperti yang dapat kita lihat, YDPA banyak menyumbangkan jasa dan pengorbanan demi menjaga negara tercinta.

Baru-baru ini, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah pergi ke Sabah untuk Kembara Kenali Borneo dan berjumpa dengan rakyat di sana.

Sebuah video telah mendapat perhatian para warganet memaparkan Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah santai menyanyi bersama rakyat.

Lihat video penuh itu di bawah: 

Mesra menyanyi sama-sama dengan rakyat, ramai bakal merindui gelagat YDPA dan Raja Permaisuri Agong

Menerusi video yang dimuat naik oleh @gingerphoong, kelihatan YDPA dan Raja Permaisuri Agong sedang menyanyi lagu di pentas dalam sebuah majlis di Sabah.

Apa yang menarik perhatian ramai adalah gelagat mereka berdua yang sangat sporting dan mesra menyanyi bersama rakyat membuatkan ramai meluahkan rasa rindu sebaik saja mereka tamat berkhidmat nanti.

"Agong paling banyak ujian di dalam pemerintahan. Paling mesra rakyat and sporting. Terima kasih tuanku!" - Warganet

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat 485K tontonan, 46.4K tanda suka serta 5.4K perkongsian di TikTok.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet turut meluahkan rasa gembira melihat gelagat YDPA dan bakal merindui pemerintahannya.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Kami akan merinduimu Tuanku! :'(

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: