"Saya Enggan Mohon Maaf" - RM BTS Jawab Isu Hina Agama Islam Dalam Lagu
"Ia sekadar sebuah lagu" - RM BTS.
Tular baru-baru ini mengenai isu salah seorang ahli popular K-pop, iaitu RM BTS dikatakan menghina agama Islam gara-gara berkongsi sebuah lagu di IG Story
Menerusi siaran langsung di aplikasi Weverse pada Rabu, RM atau nama sebenarnya Kim Namjoon berkata dia sama sekali tidak berniat mahu menghina mana-mana agama.
Menurut sumber, penyanyi berusia 28 tahun itu juga enggan memohon maaf dengan menyatakan ia hanya sekadar sebuah lagu.
"Saya tahu apa yang anda katakan, dan anda memberitahu saya bahawa saya menghina agama. Saya tidak ada niat atau tujuan untuk menghina agama. Saya menghormati setiap kepercayaan dan agama. Itu sahaja yang boleh saya katakan. Saya tahu apa yang berlaku di Instagram (IG) saya, saya boleh lihat," katanya.
Menerusi hantaran di IG Story, RM berkongsi sebuah lagu berjudul Bad Religion yang dinyanyikan oleh Frank Ocean
Lirik lagu berkenaan dikatakan menghina agama Islam walaupun ia menceritakan tentang hubungan cinta yang tidak berbalas.
Susulan itu, RM menerima pelbagai kritikan dan kecaman daripada warganet yang menyifatkannya sebagai seseorang tidak sensitif terhadap agama Islam.
"Saya tidak pernah ada tujuan seperti itu. Saya tidak mempunyai walau 1% di dalam hati saya untuk berniat menghina mana-mana agama. Itu hanya lagu. Saya tidak memohon maaf. Tolong percaya kata-kata saya dari diri saya sendiri. Bukan hanya sekadar meneka, berpura-pura dan membuat andaian," katanya lagi.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!